Tak sengaja bergesel, remaja kena lenjan sampai berdarah kepala, paru-paru bocor di Bukit Kemuning


  • Tular
  • Sabtu, 22 Jun 2024

Keadaan terkini mangsa selepas dipercayai dipukul beberapa individu pada Ahad lalu.

SEORANG remaja lelaki didakwa parah dibelasah selepas motosikal yang ditunggangnya dipercayai tidak sengaja bergesel dengan sebuah kenderaan pada Ahad lalu.

Kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu berlaku di Jalan Bukit Kemuning, Shah Alam, Selangor berhadapan sebuah kilang besi.

Difahamkan, selain kepala, mangsa yang berusia 16 tahun itu turut patah tulang rusuk, cedera di tangan, jari, tulang belakang dan juga mengalami kebocoran pada paru-paru.

BACA LAGI: Sedekad hilang, isyarat baharu MH370 dikesan di Australia Barat

BACA LAGI: Rumah mewah belum tentu jamin privasi golongan T20, lagi-lagi ada jiran jadikan 'homestay'

Berdasarkan perkongsian di laman Facebook pada Jumaat, mangsa yang dikenali sebagai Iwan dikatakan dipukul oleh beberapa individu dipercayai anak-anak kepada pemilik kenderaan terbabit.

"Minta tularkan sampai pelakunya ditangkap. Hanya bergesel dengan kereta sedikit, (kemudian) ditahan dan dipukul," tulis hantaran itu.

Bagaimanapun, perkembangan kes dan status terkini mangsa masih belum dapat dipastikan.

Setakat berita ini ditulis, masih belum ada sebarang kenyataan media dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram