MEMILIH kawasan perumahan yang lokasinya bersesuaian antara kriteria penting ketika mencari kediaman.
Bagi sesetengah individu, pemilihan kawasan perumahan tersebut bergantung kepada kemahuan dan kemampuan masing-masing.
Dari segi pendapatan dan jurang status seseorang iaitu antara golongan T20 dan B40 secara langsung menjadi faktor dalam pemilihan kawasan kediaman.
BACA LAGI: Rakan sekerja tersilap langkah, lelaki jatuh dihempap peti sejuk atas trak di China
BACA LAGI: 'Bila hati sudah hitam', level marhaen MB Selangor tidur atas lantai ketika tunai haji pun jadi isu
Rumah mewah yang tidak semestinya menjamin privasi penduduk. — Gambar hiasan
Menerusi pemerhatian Majoriti di Facebook, rata-rata penduduk yang memilih untuk menetap di kawasan perumahan mewah dan berstatus elit adalah antara lain kerana mahukan privasi dan keselesaan dari pelbagai segi termasuk fasiliti.
Menurut seorang pengguna Facebook Ahmad Zizie, penduduk dapat menikmati suasana kawasan perumahan elit yang sukar didapati di kebanyakan perumahan biasa atau pangsapuri kos rendah.
"Aku suka suasana kawasan perumahan elit ini, susah nak dapat di kawasan perumahan lain.
"Tenang, tiada jiran 40 buah rumah belakang kiri kanan yang sibuk, mengumpat hal orang lain," tulisnya.
Baginya, kawasan rumah tersebut tiada gangguan kanak-kanak berkeliaran mahupun bunyi yang mengganggu ketenteraman penduduk.
Katanya, risiko kecurian juga dapat dikurangkan jika tinggal di kawasan rumah mewah kerana dikawal ketat oleh pengawal keselamatan di setiap penjuru laluan masuk.
"Jarang dengar bunyi enjin motor dan lori atau bunyi hal jiran rumah tangga bergaduh. Risiko pencuri tak kira masa, zaman sekarang budak dua tahun pun dah pandai mencuri," jelasnya.
Namun, sedar atau tidak, tidak semua kawasan perumahan sedemikian menjamin privasi atau ketenteraman penduduk. Ini kerana ada perkara-perkara yang mungkin merengsakan penduduk.
Sesetengah inap desa biasanya dibina dalam kawasan perumahan mewah. — Gambar hiasan
1. Jiran jadikan inap desa
Struktur dan interior rumah mewah seperti banglo membuatkan pemilik mempunyai idea untuk membuat sewaan sebagai sebuah inap desa.
Terdapat beberapa buah inap desa berkonsepkan moden disediakan terutamanya di sekitar Lembah Klang.
Inap desa tersebut kebiasaannya ditawarkan untuk beberapa hari kepada individu luar untuk melakukan aktiviti komuniti bersama keluarga atau rakan-rakan.
Perkara itu sedikit sebanyak boleh memberi gangguan kepada penduduk lain kerana membenarkan individu luar memasuki kawasan perumahan setiap hari.
Antara pempengaruh yang memaparkan perniagaan di rumahnya. — Instagram/Jofliam
2. Jiran buka restoran di rumah
Bukan itu sahaja, privasi penduduk rumah golongan T20 juga tidak sentiasa terjamin berkemungkinan disebabkan ada segelintir jiran yang membuat perniagaannya di rumah.
Seorang pempengaruh media sosial sebelum ini pernah melakukan perkara tersebut dan tidak mustahil ia boleh menimbulkan isu keselesaan kepada jiran lain.
Pempengaruh itu juga terkenal dengan jualan piza premium berserta daging wagyu dan dimasak secara segar setiap hari.
Konsep perniagaannya pula memerlukan setiap pelanggan mengambil pesanan secara pandu lalu di hadapan rumahnya.
Antara pempengaruh media sosial yang memuat naik video kawasan perumahan di media sosial. — Youtube/Duriankimchi TV
3. Jiran gemar muat naik konten di kawasan rumah
Memuat naik video atau gambar ketika berada di kawasan perumahan di media sosial sememangnya boleh mendedahkan maklumat privasi kepada orang ramai.
Majoriti pengguna media sosial termasuk selebriti dan pempengaruh sering memuat naik video mereka yang memperlihatkan kawasan kejiranan.
Selain nombor rumah, nombor plat kereta jiran lain juga secara tidak sengaja boleh terdedah dengan mudah dan sekali gus meningkatkan risiko keselamatan kepada mereka. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram