Sebahagian besar isu dalam laporan IMD sudah diselesaikan — PM Anwar


  • Primer
  • Jumaat, 21 Jun 2024

Anwar ketika ditemui media selepas merasmikan Majlis Peluncuran Konsortium Impak Positif ESG (A-EPIC) pertama Asia di Kuala Lumpur pada Jumaat.

KERAJAAN sudah menyelesaikan sebahagian besar isu yang dibangkitkan dalam laporan Ranking Daya Saing Global (WCR) 2024 pada suku pertama tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dua isu paling berat yang dapat diuruskan dengan baik termasuk pengukuhan ringgit dan inisiatif penyasaran subsidi.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan memandang serius laporan berkenaan sebagai usaha menambah baik pengurusan kerajaan.

BACA LAGI: Hanya bergantung pasaran tempatan, sistem pendidikan antara punca daya saing Malaysia merosot — Pakar

BACA LAGI: Mohd Azizi boleh mohon tangguh PRK DUN Nenggiri, tunggu keputusan mahkamah

“Tidak boleh dinafikan ialah suku pertama tahun 2024 itu memang ada peningkatan dalam semua soal yang dibangkitkan.

“Tahun 2023, antara kritikan yang keras adalah kerana kegagalan kita melaksanakan penyasaran subsidi dan itu kita telah dibaiki. Maknanya sebahagian besar masalah selesai ataupun positif.

“Yang kedua ialah kelemahan ringgit. Tahun lalu diakui masalah ringgit yang mencabar tetapi tahun ini sudah ada peningkatan,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Majlis Peluncuran Konsortium Impak Positif ESG (A-EPIC) pertama Asia di Kuala Lumpur pada Jumaat.

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim launching the Asia ESG Positive Impact Consortium in Kuala Lumpur, June 20, 2024. Joining him are (from left) Star Media Group (SMG) chief executive officer Chan Seng Fatt, Philippine Daily Inquirer president and chief executive officer Rudyard Arbolado, Philippine ambassador to Malaysia Maria Angela Abrera Ponce, Natural Resources and Environmental Sustainability Minister Nik Nazmi Nik Ahmad, SMG chairman Tan Sri Wong Foon Meng, Indonesian ambassador to Malaysia Datuk Indera Hermono, KG Media chief executive officer Andy Budiman, and Sime Darby Property group managing director Datuk Azmir Merican. —  (21/6/202). —AZHAR MAHFOF/The Star

Kerajaan komited untuk menerapkan prinsip ESG dalam tadbir urus dan memastikan masa depan yang mampan dan makmur untuk generasi akan datang.

Jelas Anwar, Jemaah Menteri juga pada Khamis sudah melihat konteks tersebut secara terbuka dengan menilai kekuatan dan kelemahan.

"Kerajaan juga akan bekerja dengan lebih pantas dan cekap untuk memperbaiki sebarang kelemahan," ujarnya.

Majoriti sebelum ini melaporkan mengenai kemerosotan Malaysia dalam ranking Daya Saing Global (WCR) yang dikeluarkan Institut Antarabangsa bagi Pembangunan Pengurusan (IMD) pada 2024.

Dalam laporan itu, negara dilaporkan jatuh tujuh anak tangga daripada kedudukan ke-27 yang dicatatkan pada tahun lalu, kepada 34 daripada 67 negara yang dinilai.

Perkembangan terbaharu itu juga menyaksikan Malaysia kini terletak di kedudukan keempat dalam kalangan negara ASEAN di belakang Singapura, Thailand dan Indonesia.

Sementara itu, Anwar terdahulu dalam ucapan perasmiannya memaklumkan, kerajaan komited untuk menerapkan prinsip ESG dalam tadbir urus dan memastikan masa depan yang mampan dan makmur untuk generasi akan datang.

Beliau juga berkata, kerajaan melaksanakan pelbagai dasar bertujuan mengurangkan pelepasan karbon, menggalakkan kesaksamaan sosial, mewujudkan peluang pertumbuhan baharu dalam ekonomi hijau dan memastikan tadbir urus yang telus.

"Untuk kesan ini, dana yang besar telah diperuntukkan untuk tenaga boleh diperbaharui, pertanian mampan dan pengangkutan hijau, menandakan komitmen kerajaan untuk mengurangkan jejak karbon negara dan menggalakkan amalan mampan," tambahnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram