[VIDEO] Penganggur tiada rekod jenayah dicekup polis Sepang lepas gagal ragut wanita China


  • 112
  • Sabtu, 22 Jun 2024

Tangkap layar seorang penunggang motosikal (bulatan kecil) cuba meragut seorang wanita warga China di Southville City, Dengkil pada Jumaat.

POLIS menahan seorang lelaki selepas dipercayai cuba meragut seorang wanita warga China di Southville City, Dengkil dekat Sepang, Selangor pada Jumaat.

Penahanan suspek dibuat selepas tindakannya itu berjaya dirakam orang awam semasa kejadian.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada pukul 10.45 pagi Jumaat.

BACA LAGI: [VIDEO] Kempunan tengok majlis korban, budak lelaki hampir buta kena gigit anjing jiran

BACA LAGI: [VIDEO] Lelaki maut tersepit, lori bawa generator elektrik terjunam masuk lubang jalan mendap di Jambatan Bailey

Katanya, laporan diterima daripada pengadu yang merakam kejadian cubaan ragut oleh seorang lelaki yang menunggang motosikal terhadap seorang wanita di hadapan Blok C2, Savanna Executives Suites.

"Hasil maklumat daripada risikan yang dijalankan, suspek berjaya ditangkap di kawasan Lorong Bahagia, Kampung Jenderam Hilir, dekat sini pukul 4 petang Jumaat.

"Suspek berusia 33 tahun dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Tambah Wan Kamarul lagi, polis turut merampas motosikal yang digunakan oleh suspek dalam kejadian ragut itu.

"Permohonan reman ke atas suspek dijalankan pada Sabtu bagi membolehkan polis melakukan siasatan lanjut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh di penjara sehingga tujuh tahun dan dikenakan denda.

"Orang ramai diharap tidak membuat sebarang spekulasi dan tidak berkongsi berita yang tidak benar mengenai kejadian ini di media sosial," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram