[VIDEO] 'Eksyen, padan muka', kereta oren buat 'drift' di jalan kampung terbabas masuk longkang


  • Tular
  • Jumaat, 21 Jun 2024

Kereta berwarna oren didapati terbabas ke tepi jalan selepas melakukan aksi drift.

SEBUAH kereta yang cuba-cuba untuk mempamerkan aksi drift di jalan raya terpaksa menanggung malu apabila ia terbabas ke tepi jalan.

Menerusi sebuah video tular di Facebook, perkongsian Shafie Ahmat menunjukkan sebuah kereta berwarna oren mencuba untuk memperaga kehebatan melakukan drift di jalan kampung.

Berdasarkan rakaman oleh kamera papan pemuka (dashcam), kereta berwarna oren tersebut masuk ke jalan utama selepas keluar dari sebuah premis yang terletak di tepi jalan.

BACA LAGI: [VIDEO] Nak selamatkan anak, wanita cedera kena sondol kerbau korban terlepas ikatan di Sabah

BACA LAGI: Jangan sampai Fan Bingbing kena 'bimbing' cara buang sampah baru Melaka nak bersih

Sebaik saja memasuki jalan utama, kereta tersebut terus memecut laju memasuki selekoh ke sebelah kanan sambil melepasi sebuah motosikal.

Di selekoh tersebut, kereta itu cuba untuk melakukan aksi drift namun akibat hilang kawalan, ia terbabas hingga ke tepi jalan.

Kereta tersebut menjunam ke tepi jalan. Namun, mujur buat kereta dan pemandu, tiada kemalangan dilaporkan.

Malah, pemandu tersebut dilihat terselamat tanpa sebarang kecederaan apabila dia sendiri dilihat keluar daripada keretanya untuk melihat keadaan yang terjadi.

Insiden tersebut menjadi bahan tawa pemilik rakaman tersebut yang menganggap pemilik kereta oren itu seolah-olah cuba menunjuk lagak melakukan drift di kawasan tak sepatutnya seperti jalan kampung.

"Haa eksyen, padan muka. Tak pasai-pasai masuk longkang," katanya sambil ketawa besar. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram