[VIDEO] Padah jalan seorang diri pagi-pagi buta di Miri, pemuda disamun ‘putih mata’ hilang rantai emas RM100,000


  • 112
  • Selasa, 18 Jun 2024

Tangkap layar seorang lelaki disamun dua individu bersenjata pisau di sebuah bangunan berhampiran Miri, Sarawak pada Sabtu lalu.

SEORANG lelaki nyaris tercedera selepas disamun seorang dua individu bertopeng di belakang sebuah bangunan berhampiran pasar raya di Miri, Sarawak pada awal pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner, Alexson Naga Chabu berkata, pihaknya menerima laporan polis dibuat mangsa warga tempatan yang mendakwa dirompak dua lelaki berkenaan.

"Dalam kejadian itu, salah seorang suspek yang mengacu sebilah pisau merampas seutas rantai emas pada leher mangsa. Kedua-dua suspek kemudian melarikan diri dengan menaiki kereta Honda Jazz berwarna kelabu," katanya menurut laporan Buletin TV3.

BACA LAGI: [VIDEO] Macam 'WWE', pencuri motosikal tergamam kena hempuk 'owner' di Sabah

BACA LAGI: [VIDEO] Macam 'WWE', pencuri motosikal tergamam kena hempuk 'owner' di Sabah

Rakaman kejadian dikongsikan di laman Facebook dan meraih perhatian warganet sejak Selasa.

Dalam pada itu, Alexson mengesahkan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu tampil atau menghubung menghubungi talian 085-433730.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya tidak memakai barang kemas yang berlebihan kerana ia boleh menjadikan mereka sebagai mangsa penjenayah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram