Konsortium Impak Kelestarian Asia komitmen 3 negara langkah tepat — PM Anwar


  • Primer
  • Jumaat, 21 Jun 2024

Anwar ketika berucap dalam Majlis Peluncuran Konsortium Impak  Kelestarian Asia di Sime Darby Conversation Centre,  Kuala Lumpur pada Jumaat.

PELANCARAN Konsortium Impak Kelestarian Asia melibatkan kerjasama media Malaysia, Indonesia dan Singapura dilaksanakan pada masa yang tepat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, untuk menterjemahkan program atau kerangka alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) memerlukan komitmen yang luar biasa.

BACA LAGI: Inilah masanya, Umno berpeluang rampas semula DUN Nenggiri

BACA LAGI: Mohd Azizi boleh mohon tangguh PRK DUN Nenggiri, tunggu keputusan mahkamah

"Saya berbesar hati dapat berada dalam pelancaran ini, (satu) pakatan strategik rentas sempadan pertama Asia yang dibentuk oleh tiga kumpulan media merangkumi Star Media Group dari Malaysia, KG Media (Indonesia) dan Inquirer Group of Companies (Filipina).

"Program ini (bertindak) memberi pemangkin, kesan kepada peranan media memberikan dukungan kepada satu dasar yang diterima pakai oleh ketiga-tiga negara.

"Kita bicara dalam menghadapi satu permasalahan melibatkan masalah kemiskinan, pengangguran dan kesenjangan jurang antara kaya dan miskin.

"Semua ini harus diselesaikan tanpa mengorbankan kepentingan iklim dan persekitaran yang sihat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Peluncuran Konsortium Impak Positif ESG (A-EPIC) pertama di Asia Kuala Lumpur pada Jumaat.

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim launching the Asia ESG Positive Impact Consortium in Kuala Lumpur, June 20, 2024. Joining him are (from left) Star Media Group (SMG) chief executive officer Chan Seng Fatt, Philippine Daily Inquirer president and chief executive officer Rudyard Arbolado, Philippine ambassador to Malaysia Maria Angela Abrera Ponce, Natural Resources and Environmental Sustainability Minister Nik Nazmi Nik Ahmad, SMG chairman Tan Sri Wong Foon Meng, Indonesian ambassador to Malaysia Datuk Indera Hermono, KG Media chief executive officer Andy Budiman, and Sime Darby Property group managing director Datuk Azmir Merican. — GLENN GUAN/The Star

Anwar (tengah) ketika merasmikan Peluncuran Konsortium Impak Positif ESG (A-EPIC) pertama di Asia Kuala Lumpur pada Jumaat.

Turut hadir, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad; Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Datuk Indera Hermono; Duta Besar Filipina ke Malaysia, Maria Angela Abrera Ponce dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Star Media Group, Chan Seng Fatt.

Selain itu, hadir sama ialah Pengerusi Star Media Group, Tan Sri Wong Foon Meng; Ketua Pegawai Eksekutif KG Media, Andy Budiman; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Philippine Daily Inquirer, Rudyard Arbolado dan Pengarah Urusan Kumpulan Sime Darby Property Berhad, Datuk Azmir Merican.

Mengulas lanjut, Anwar menggesa semua pihak berkepentingan, termasuk perniagaan, masyarakat serta individu agar melibatkan diri secara aktif dalam mencapai masa depan mapan, seterusnya mewujudkan sinergi memacu perubahan bermakna buat Malaysia.

2761059

Beliau dalam pada itu turut menekankan bahawa penerapan prinsip-prinsip ESG melangkaui aspek pematuhan semata-mata dan memerlukan anjakan minda untuk mencapai prinsip pengawasan alam sekitar, tanggungjawab sosial dan kecemerlangan tadbir urus.

"Di Malaysia, kita telah mengambil pendirian yang progresif ke arah penyahkarbon dan agenda kelestarian yang lebih besar.

"Malah, konsep Madani yang merupakan etos pembangunan negara, meletakkan aspek kemapanan sebagai salah satu daripada tujuh prinsip terasnya," katanya.

Sementara itu, Seng Fatt memberitahu, kajian terkini mendapati hanya 25 peratus Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia yang melaksanakan amalan ESG ketika ini.

Star Media Group (SMG) chief executive officer Chan Seng Fatt delivering his opening remarks during the Asia ESG Positive Impact Consortium launch in Kuala Lumpur, June 20, 2024. — GLENN GUAN/The Star

Seng Fatt ketika berucap semasa Peluncuran Konsortium Impak Positif ESG (A-EPIC) pertama di Asia Kuala Lumpur pada Jumaat.

Beliau berkata, perkembangan itu membuktikan keperluan untuk meningkatkan kesedaran dan sokongan yang lebih besar dalam usaha terbabit.

"Kebanyakan mereka masih bergelut dengan kerumitan ESG dan matlamat kemapanan yang lebih luas," katanya.

Mengulas mengenai kerjasama tersebut, jelas beliau, ketiga-tiga agensi media terlibat bersama-sama dalam usaha mengejar kemapanan dan impak positif secara kolektif.

Mengakui keperluan mendesak dalam menangani cabaran alam sekitar dan sosial yang diperhebat secara global sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Seng Fatt berkata, negara Asia juga semakin sedar bahawa amalan mapan bukan lagi pilihan tetapi penting untuk masa depan kolektif.

“Sebagai organisasi media utama, kami telah menerima realiti ini dan memahami bahawa media memainkan peranan penting dalam memacu kesedaran," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram