Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 5 ahli keluarga suspek didakwa galak, tanam ideologi IS


Kesemua ahli keluarga dikawal ketat ketika mereka tiba di mahkamah.

LIMA anggota keluarga kepada lelaki yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada 17 Mei lalu, didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor pada Rabu.

Mereka didakwa atas sembilan pertuduhan berasingan, termasuk menggalakkan perbuatan pengganas dengan menanam ideologi keganasan kumpulan pengganas Jemaah Islamiyah (IS).

Tertuduh membabitkan bapa lelaki berkenaan, Radin Imran Radin Mohd Yassin berusia 62 tahun dan ibunya, Rosna Jantan berusia 59 tahun yang juga warga Singapura.

BACA LAGI: Polis bebaskan 2 suspek pelajar IPT terlibat serangan Balai Polis Ulu Tiram tanpa syarat

BACA LAGI: Balai polis Ulu Tiram tersorok, bekas timbalan OCPD gesa lokasi ditukar demi keselamatan

2701519

Tiga individu termasuk suspek meninggal dunia ketika serangan dibuat pada 17 Mei lalu.

Turut didakwa, tiga adik beradik suspek lelaki yang ditembak mati pada 17 Mei lalu, iaitu Radin Romyullah Radin Imran, Farhah Sobrina Radin Imran dan Mariah Radin Imran.

Radin Imran berdepan empat pertuduhan termasuk Seksyen 130G(a) Kanun Keseksaan (Akta 574) iaitu menggalakkan perbuatan pengganas dengan menanam ideologi keganasan kumpulan pengganas IS.

Fahaman itu didakwa disemai kepada semua anggota keluarganya membabitkan suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram, Radin Luqman, isteri serta tiga anaknya.

Anak lelaki sulungnya, Radin Romyullah pula berdepan dua pertuduhan kerana melakukan angkat sumpah kepada Abu Bakar Al-Baghdadi dan memiliki cakera keras (hard disk) mengandungi maklumat kegiatan berhubung kumpulan pengganas IS.

Sementara itu, isteri dan dua anak perempuan Radin Imran pula masing-masing hanya berdepan satu pertuduhan.

Keluarga berkenaan tidak diwakili peguam didakwa di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim. — The Star/MOHD FARHAAN SHAH

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram