[VIDEO] Terhidu gas sisa kimia antara 4 kes ancam nyawa pelajar sekolah di Malaysia


  • 112
  • Sabtu, 08 Jun 2024

Pelajar Sekolah Kebangsaan Sungai Tiram, di Ulu Tiram, Johor Bharu, Johor mengalami kesan pening dan muntah selepas terhidu sisa kimia pada tahun lalu.

KESELAMATAN pelajar sekolah perlu dipertingkatkan susulan beberapa isu yang melanda negara kebelakangan ini.

Terbaharu, sebuah asrama Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu, Kuala Berang, Terengganu dilaporkan terbakar pada awal pagi Selasa.

Insiden berkenaan merupakan kali kedua berlaku selepas bangunan sama, difahamkan turut rentung pada 12 Mei lepas.

Kejadian yang melibatkan sebuah bilik asrama di tingkat empat itu terbakar 80 peratus namun tiada kecederaan dilaporkan berlaku dalam insiden tersebut.

Mengimbau beberapa lagi kes membabitkan ancaman keselamatan pelajar ketika di sekolah, berikut merupakan tiga tragedi yang masih segar dalam ingatan masyarakat:

2290323

1. Pelajar muntah terhidu sisa kimia

Seramai 28 warga Sekolah Kebangsaan Sungai Tiram, di Ulu Tiram, Johor Bharu, Johor mengalami simptom pening dan muntah dipercayai akibat pencemaran sisa kimia pada 3 Ogos 2023.

Kesemua mangsa terkesan terdiri daripada 24 pelajar, dua guru dan dua petugas kantin di sekolah berkenaan.

Bertindak atas kejadian itu, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya dan Pasukan Keluaran Operasi (PKO) mengarahkan kesemua pelajar dan guru untuk meninggalkan kawasan sekolah dengan segera.

Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor mendapati, berlaku aktiviti pembakaran tanki 'ibc' yang mengandungi bahan buangan dalam bentuk pepejal dan cecair serta pelupusan bahan pepejal dan sisa cecair ke di laluan tali air ke sungai berhampiran.

padang

2. Letupan di hadapan Sekolah Padang Besar

Warga sekolah dikejutkan dengan insiden letupan kuat yang berlaku di hadapan sebuah sekolah di Padang Besar, Perlis pada 16 Ogos 2023.

Berdasarkan siasatan polis, letupan terbabit dikatakan berpunca daripada sebuah objek dipercayai hasil buatan sendiri diperbuat daripada paip besi.

Insiden yang berlaku di luar kawasan pagar sekolah itu walau bagaimanapun mencetuskan kekecohan apabila pelajar mendakwa ia berlaku di tengah padang.

photo_2024-06-07_16-10-39

3. Gas dapur meletup ketika sambutan Hari Kantin Sekolah

Kemeriahan menyambut Hari Kantin Sekolah berubah tragedi hitam apabila sebuah gas dapur mudah alih digunakan, meletup di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Puteri, Seremban, Negeri Sembilan.

Kejadian yang berlaku pada 21 Ogos 2013 itu mengakibatkan seramai lima pelajar melecur di tangan apabila api gas itu secara tiba-tiba meletup dan menyambar mereka.

Punca kejadian dilaporkan akibat daripada letupan gas mudah alih tersebut dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan mengarahkan semua aktiviti berkaitan memasak di sekolah itu dihentikan serta merta ketika kejadian.

Lima pelajar terbabit dikejarkan ke hospital dan diberikan rawatan susulan insiden letupan tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram