Tiada kesalahan Selangor beri projek kepada syarikat suami Hannah Yeoh — Azam Baki


  • Primer
  • Isnin, 27 Mei 2024

Azam Baki (tengah) mengesahkan tidak ada sebarang kesalahan dalam penganugerahan kontrak Kerajaan Negeri Selangor kepada syarikat suami Hannah Yeoh.

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan tidak ada sebarang kesalahan dalam penganugerahan kontrak Kerajaan Negeri Selangor kepada syarikat yang dikaitkan dengan suami menteri Pakatan Harapan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, ini kerana projek itu telah dianugerahkan oleh kerajaan negeri sendiri dan bukan Kementerian Belia dan Sukan yang diterajui oleh Hannah Yeoh.

Menurut Azam, kesalahan hanya berlaku jika kontrak tersebut diberikan oleh Hannah atau kementerian yang diterajuinya kepada syarikat suami beliau.

BACA LAGI: Anggota polis Ulu Tiram dibenar keluar hospital selepas 9 hari terima rawatan

BACA LAGI: Selangor FC raih hak untuk ‘enjoy’ di sebalik kontroversi raikan jaringan

"Mengikut undang-undang, tidak ada salah laku sekiranya seseorang menerima kontrak atau apa-apa jenis faedah daripada agensi atau entiti yang tidak berkaitan dengan mereka.

"Dalam kes suami Hannah, berdasarkan apa yang saya baca daripada laporan media, beliau menerima kontrak daripada kerajaan Selangor. Hannah adalah Menteri Belia dan Sukan.

"Tiada hubungan langsung antara kementerian dan kerajaan Selangor, bermakna projek yang dianugerahkan adalah daripada entiti berasingan (bukan di bawah Hannah).

“Oleh itu, saya tidak nampak sebarang kesalahan dalam pemberian kontrak itu,” katanya kepada pemberita pada Isnin (27 Mei).

Sebelum ini, media melaporkan Asia Mobility merupakan salah sebuah syarikat pengendali Projek Rintis Demand Responsive Transit (DRT) yang dilantik oleh Kerajaan Selangor.

Asia Mobility yang dimiliki Ramachandran Muniandy, suami kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Segambut itu menjadi topik hangat di platform X selepas @RakyatAduan mempersoalkan sama ada pelantikan syarikat itu dilakukan secara tender terbuka. — The Star/BENJAMIN LEE

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram