[VIDEO] Ahli Persatuan Orang Pekak maut motosikal kena rempuh 4X4, terperosok masuk tali air di Batu Pahat


  • Tular
  • Ahad, 26 Mei 2024

Kedua-dua kenderaan terlibat dalam kejadian kelihatan terperosok masuk ke dalam parit di tepi jalan berikutan kemalangan berkenaan.

SEORANG lelaki dalam kategori orang kelainan upaya (OKU) kedengaran dilaporkan maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda di Senggarang, Batu Pahat, Johor pada Sabtu.

Dalam satu rakaman video papan pemuka (dashcam) yang tular, lelaki dikenali sebagai Mohd Haziq Azhar kelihatan menunggang motosikal dengan kejadian difahamkan berlaku di Parit Kemang.

Lelaki berkenaan kemudiannya tiba-tiba dilanggar kereta berwarna putih yang dipandu laju dari arah bertentangan sebelum kedua-dua kenderaan memasuki parit di tepi jalan.

BACA LAGI: Polis rampas 5 stoking tertera kalimah ALLAH di kilang Batu Pahat

BACA LAGI: Serangan Ulu Tiram cetus memori 3 sejarah hitam keselamatan libatkan anggota beruniform

Berdasarkan beberapa video lain yang juga bertebaran di media sosial, kelihatan orang awam cuba menarik motosikal milik mangsa yang berada dalam tali air.

Turut kelihatan dalam rakaman itu ialah jenazah milik Haziq yang ditutupi payung sementara kenalan si mati meminta supaya urusan arwah dipermudahkan.

Kematian lelaki tersebut disahkan dalam satu hantaran di Facebook Persatuan Orang Pekak Batu Pahat - SDBP memaparkan penduduk setempat hadir untuk upacara solat jenazah.

"Dukacita dimaklumkan bahawa seorang daripada ahli persatuan kita, Mohd Haziq Azhar kembali ke rahmatullah akibat kemalangan jalan raya, di Parit Kemang, Senggarang, Batu Pahat petang semalam (Sabtu).

"Semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman serta beramal soleh. Al-Fatihah," tulisnya.

Setakat ini, pihak polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai kejadian tersebut atau jumlah penumpang berada dalam kenderaan ketika kemalangan berlaku. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram