[VIDEO] Kes Ulu Tiram: 5 ahli keluarga suspek kembali ditahan bawah Sosma


  • 112
  • Jumaat, 24 Mei 2024

Serangan balai polis Ulu Tiram menyaksikan seramai dua anggota maut sementara suspek turut ditembak mati di lokasi kejadian.

SERAMAI lima ahli keluarga lelaki yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram, Johor, minggu lalu bakal ditahan dan disiasat di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Mereka terdiri daripada ibu, bapa, abang, kakak dan adik kepada penyerang berusia 21 tahun akan ditahan di bawah Sosma selama 28 hari bermula Jumaat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan awal mendedahkan keluarga penyerang berkenaan membawa fahaman radikal.

BACA LAGI: SOSMA di bawah kuasa Eksekutif, tak boleh dipinda

BACA LAGI: Jemaah Islamiyah masih terkawal di negara ini — Saifuddin

Deputy Inspector-General of Police Datuk Razarudin Husain during the interview in Bukit Aman, Kuala Lumpur. — MUHAMAD SHAHRIL ROSLI/The Star

Rizarudin mengesahkan kesemua lima ahli keluarga ditahan di bawah SOSMA.

"Apabila kita memanggil seramai 47 saksi-saksi termasuk penduduk di kawasan kejiranan mereka, pihak kami mendapati keluarga suspek memang tidak mencampuri penduduk di kawasan kediaman mereka. Mereka (keluarga) lebih memilih untuk hidup bersendirian dan tidak bercampur dengan masyarakat sekitar mereka.

"Seperti yang dijelaskan sebelum ini bahawa suspek memang bergerak sendirian namun berdasarkan rekod dalam pengkalan data Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati bapanya adalah seorang pengikut kumpulan Jemaah Islamiah (JI)," katanya dalam sidang media di Menara KPJ, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Dalam kes serangan tempoh hari, dua anggota polis berpangkat konstabel maut selepas seorang lelaki memasuki balai polis itu sebelum mencuri sepucuk pistol daripada salah seorang mangsa.

Bagaimanapun, suspek ditembak mati di lokasi kejadian oleh seorang lagi anggota lain dengan jenazah suspek kemudiannya ditambah secara berjauhan di Pusara Islam Kampung Sungai Tiram di Batu 19, Kampung Sungai Tiram, Johor. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram