Balai polis Ulu Tiram tersorok, bekas timbalan OCPD gesa lokasi ditukar demi keselamatan


  • 112
  • Ahad, 19 Mei 2024

Datuk Abdul Aziz Bakar berpendapat bahawa Balai Polis Ulu Tiram perlu dipertingkatkan dari segi jarak penglihatan dan tenaga kerja bagi memastikan tiada kejadian berulang.

SERANGAN Balai Polis Ulu Tiram, Johor merupakan peringatan kepada pihak berkuasa untuk mengkaji semula perancangan strategik balai polis di seluruh negara, kata bekas Timbalan Ketua Polis Daerah (OCPD) Johor Bahru.

Datuk Abdul Aziz Bakar, yang pernah berkhidmat sebagai timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru itu berpendapat bahawa Balai Polis Ulu Tiram perlu dipertingkatkan dari segi jarak penglihatan dan tenaga kerja bagi memastikan tiada kejadian berulang.

“Saya pernah menjadi timbalan Ketua Polis Daerah pada 1995 ketika Johor Bahru merupakan sebuah daerah besar. Bangunan Balai Polis Ulu Tiram tidak mempunyai pondok pengawal dan dengan jejambat di atasnya sekarang, ia langsung tidak kelihatan.

BACA LAGI: Suspek serang Balai Polis Ulu Tiram bawa 'shield', mahu rampas senjata api — KPN

BACA LAGI: Tak pulang beraya, mangsa serangan Balai Polis Ulu Tiram simpan hajat mahu rai hari lahir ibu

“Tiada sesiapa di luar akan tahu apa yang berlaku di balai polis itu.

"Sudah tiba masanya pihak berkuasa memindahkan Balai Polis Ulu Tiram di tempat baharu demi keselamatan," katanya.

"Bukan itu sahaja, pondok pengawal di hadapan dan belakang perlu dibaik pulih atau menggunakan teknologi moden bagi keselamatan balai polis, tambahnya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram