[VIDEO] 'Untuk kali terakhir sentuh baju wira negara', rakan sebalai kongsi uniform dipakai Azza Fahmi


  • Massa
  • Jumaat, 07 Jun 2024

Tangkap layar perkongsian seorang wanita dipercayai rakan sekerja Allahyarham Azza Fahmi yang terkorban dalam serangan Balai Ulu Tiram, Johor Bahru, Johor pada Mei lalu.

SAYU menyelubungi seorang wanita yang berkongsi pakaian terakhir dipakai Konstabel Azza Fahmi, 22, yang terkorban dalam serangan berdarah di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru, Johor pada 17 Mei lalu.

Wanita terbabit yang dipercayai merupakan rakan sekerja kepada Allahyarham berkata, pakaian itu berbau wangi sambil menunjukkan beberapa kesan koyakan pada uniform tersebut.

"Untuk kali yang terakhir dapat sentuh baju wira negara. Wanginya...Berehatlah Allahyarham Ahmad Azza Fahmi Azhar," katanya di laman TikTok pada Khamis.

BACA LAGI: Anggota JI dalang serangan Balai Polis Ulu Tiram — Ketua Polis Negara

BACA LAGI: Serangan Ulu Tiram cetus memori 3 sejarah hitam keselamatan libatkan anggota beruniform

Kongsi wanita itu, kesemua pakaian milik arwah telah dicuci berkali-kali sehingga bersih dan disimpan dalam plastik sebelum dipulangkan kepada keluarga Allahyarham.

Untuk rekod, Allahyarham Azza Fahmi mengalami kecederaan akibat ditetak pada belakang leher dan kepala.

Kejadian tragis itu turut mengorbankan rakan sepasukannya, Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram