Kes Zayn Rayyan: Pendedahan 'Edisi Siasat' adalah fitnah — Peguam


  • Massa
  • Jumaat, 14 Jun 2024

Peguam Fahmi Abd Moin mendakwa pendedahan dibuat 'Edisi Siasat' berhubung kes kematian Zayn Rayyan adalah fitnah.

PEGUAM, Fahmi Abd Moin yang mewakili ibu bapa Zayn Rayyan, Zaim Ikhwan Zahari, 29, dan Ismanira Abdul Manaf, 29, berkata, maklumat yang disebarkan di laman media baru-baru ini adalah fitnah.

"Ya, keluarga Zayn Rayyan sedang mempertimbangkan untuk membuat laporan polis berhubung perkara itu.

"Saya cadangkan mereka buat laporan hari ini," katanya pada Jumaat.

BACA LAGI: Zayn Rayyan: Hanya seorang suspek terlibat, letak mayat waktu hujan lebat — Polis

BACA LAGI: Kes bunuh Zayn Rayyan, polis kumpul DNA 228 penduduk Apartment Idaman

Terdahulu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Komisaris Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, mereka akan menyiasat laporan Telegram 'Edisi Siasat' susulan dakwaan berkaitan kes tersebut.

Untuk rekod, ibu bapa Zayn Rayyan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan kecuaian kanak-kanak di hadapan hakim Dr Syahliza Warnoh.

Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang di kawasan kediamannya sebelum ditemui terbaring di sungai yang jaraknya kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.

Polis mengesahkan mangsa dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan akibat perbuatan jenayah. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram