Ugut mangsa dengan senjata tajam, banduan liwat rakan sel di penjara Kota Kinabalu


  • 112
  • Sabtu, 15 Jun 2024

Seorang banduan didakwa meliwat rakan selnya di Penjara Pusat Kota Kinabalu, Sabah.

SEORANG banduan yang disabitkan kesalahan berdepan siasatan baharu selepas didakwa meliwat rakan selnya di Penjara Pusat Kota Kinabalu, Sabah.

Suspek warga Filipina, yang baru-baru ini dijatuhkan hukuman penjara 40 tahun dengan 12 sebatan kerana membunuh pemandu e-hailing pada lima tahun lalu, didakwa meliwat lelaki yang sama beberapa kali.

Difahamkan, mangsa diugut dengan senjata tajam buatan sendiri semasa melakukan perbuatan tersebut.

BACA LAGI: Liwat, seks dengan mayat antara peruntukan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan yang dicabar Nik Elin Zurina

BACA LAGI: Kerajaan tiada kuasa pengaruhi keputusan pengampunan, Agong ada kuasa budi bicara mutlak — Pakar Perlembagaan

Mangsa dilaporkan memilih untuk berdiam diri kerana bimbang dibunuh suspek.

Mangsa bagaimanapun dilaporkan memilih untuk berdiam diri kerana bimbang dibunuh suspek.

Dia hanya memaklumkan kepada doktor tentang perlakuan tersebut apabila mangsa jatuh sakit dan terpaksa dimasukkan ke hospital baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada 30 Mei dan membuka kertas siasatan pada 31 Mei.

“Kami menyiasat kes ini mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan,” katanya.

Seksyen 377C berkaitan dengan perbuatan liwat yang dilakukan tanpa persetujuan atau bertentangan dengan kehendak orang lain. — The Star/STEPHANIE LEE

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram