Warga emas sempat mengadu kecewa dengan isteri ditemui mati berhampiran kubur di Jerantut 


  • 112
  • Khamis, 13 Jun 2024

Mangsa ditemui di sebuah pondok berhampiran kawasan kubur dekat Batu 2, Jerantut, Pahang. — Gambar hiasan

SEORANG lelaki ditemui meninggal dunia di sebuah pondok berhampiran kawasan kubur dekat Batu 2, Jerantut, Pahang pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Zukri Muhammad berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung penemuan mayat berusia 60 tahun itu kira-kira pukul 8.15 malam.

Menurutnya, mangsa sempat berbual dengan rakannya dan memberitahu bahawa dia kecewa dengan isterinya.

BACA LAGI: Kes 2 pelajar maut keracunan, KKM sahkan sarapan disediakan pengendali makanan luar

BACA LAGI: Anak kena kudis buta sampai kuku tercabut, doktor kongsi petua elak kutu berjangkit

Polis menerima panggilan berhubung penemuan mayat itu kira-kira pukul 8.15 malam. — Gambar hiasan

"Anak mangsa juga ada memberitahu yang lelaki tersebut menerima rawatan darah tinggi dan asma," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Jelas Zukri, hasil pemeriksaan fizikal ke atas tubuh badan mangsa didapati tiada unsur-unsur jenayah.

"Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Jerantut untuk bedah siasat," ujar beliau. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram