Adik Zayn Rayyan kini dalam jagaan JKM Selangor


  • Massa
  • Khamis, 13 Jun 2024

Tangkap layar memaparkan Mateen menanti kepulangan ibu bapanya selepas kedua-duanya ditahan dan direman selama tujuh hari bermula 1 Jun.

ADIK kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matin yang dibunuh pada Disember tahun lalu kini berada dalam jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor.

Memetik laporan Harian Metro pada Khamis, JKM Selangor telah datang ke rumah keluarga ibu bapa Zayn Rayyan di Puncak Bestari sebelum dia dibawa ke sebuah hospital untuk pemeriksaan.

Pengarah JKM Selangor, Azmir Kassim dilaporkan mengesahkan perkara tersebut.

BACA LAGI: Ibu bapa Zayn Rayyan didakwa atas tuduhan abaikan anak

BACA LAGI: Peguam sahkan ibu bapa Zayn Rayyan akan didakwa di mahkamah

"Terdapat keperluan untuk pihaknya mengambil kanak-kanak lelaki tersebut," katanya.

Difahamkan JKM Selangor datang ke rumah keluarga ibu bapa Zayn di Puncak Bestari sebelum kanak-kanak lelaki itu dibawa ke sebuah hospital untuk pemeriksaan.

Zaim Ikhwan (kiri) dan Ismanira (kanan) mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.

Sebelum ini tular satu video di aplikasi TikTok memaparkan keadaan terkini adik kepada Zayn Rayyan yang dikenali sebagai Mateen sentiasa menanti kepulangan ibu bapanya selepas kedua-duanya ditahan dan direman selama tujuh hari bermula 1 Jun bagi membantu siasatan pembunuhan abangnya.

Majoriti pada Khamis melaporkan, ibu bapa Zayn Rayyan didakwa di Mahkamah Petaling Jaya, Selangor atas tuduhan pengabaian dengan kemungkinan boleh menyebabkan kecederaan.

Menurut pertuduhan, kesalahan itu dilakukan dekat Jalan PJU, Damansara Damai, antara pukul 12 tengah hari pada 5 Disember dan 9.55 malam pada 6 Disember tahun lalu.

Pasangan suami isteri itu didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan, serta berdepan hukuman denda maksimum RM50,000 atau dipenjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.

3

Individu menyebarkan berita palsu berkaitan kematian Zayn Rayyan (dua dari kiri) bakal berdepan tindakan polis.

Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 dibacakan di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Dr Syahliza Warnoh.

Pada 5 Disember lalu, Zayn Rayyan yang berusia enam tahun dilaporkan hilang di Damansara Damai dekat Petaling Jaya, Selangor.

Mayatnya ditemui berhampiran sungai kira-kira 200 meter dari rumahnya di kompleks Pangsapuri Idaman pada hari berikutnya.

Bedah siasat mendedahkan kecederaan di leher dan badannya, membawa kepada kesimpulan bahawa dia telah dibunuh. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram