Liwat, seks dengan mayat antara peruntukan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan yang dicabar Nik Elin Zurina


  • Massa
  • Selasa, 21 Nov 2023

Setakat 20 November 2023, pendengaran petisyen di Mahkamah Persekutuan Putrajaya masih di peringkat pendengaran dan belum ada keputusan yang telah ditetapkan. — Bernama

PROSIDING pendengaran petisyen di Mahkamah Persekutuan Putrajaya pada Isnin oleh seorang peguam dan anaknya untuk membatalkan 20 peruntukan yang terkandung dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 menarik perhatian masyarakat umum terutamanya mereka yang beragama Islam.

Manakan tidak, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman mencabar Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 atas alasan DUN Kelantan melangkaui bidang kuasa apabila menjenayahkan 20 peruntukan dalam enakmen tersebut.

Kedua-dua individu berkenaan menggesa Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan bahawa peruntukan tersebut batal dan tidak sah.

Bagaimanapun setakat 20 November 2023, pendengaran petisyen di Mahkamah Persekutuan Putrajaya masih di peringkat pendengaran dan belum ada keputusan yang telah ditetapkan.

Kronologi kes:

Panel sembilan hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat akan mendengar hujahan pihak-pihak yang dinamakan sebagai sahabat mahkamah atau Amicus Curiae dalam prosiding yang bermula 17 Ogos lalu.

Panel itu turut dianggotai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim, Hakim Besar Malaya, Tan Sri Mohamad Zabidin Mohd Diah dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abdul Rahman Sebli.

Turut menganggotai panel, Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri P Nalini, Datuk Mary Lim Thiam Suan, Datuk Harmindar Singh Dhaliwal, Datuk Nordin Hassan dan Datuk Abu Bakar Jais.

Tapi tahukah anda, apakah 20 peruntukan berkaitan jenayah Islam yang telah dicabar kedua-dua beranak itu sehingga mengundang perhatian ramai?

Berikut adalah 20 senarai peruntukan yang mahu dibatalkan oleh mereka:

1. Seksyen 5: Tuntutan palsu

2. Seksyen 11: Memusnahkan atau mencemarkan tempat ibadat

3. Seksyen 13: Menjual atau memberikan anak kepada bukan Islam atau Muslim yang tercela dari segi moral

4. Seksyen 14: Liwat

5. Seksyen 16: Persetubuhan dengan mayat

6. Seksyen 17: Hubungan seksual dengan bukan manusia

7. Seksyen 30: Perkataan yang boleh memecahkan keamanan

8. Seksyen 31: Gangguan seksual

9. Seksyen 34: Memiliki dokumen palsu, memberikan keterangan, maklumat atau kenyataan palsu

10. Seksyen 36: Apa-apa yang memabukkan

11. Seksyen 37: Perjudian

12. Bahagian 39: Mengurangkan skala, ukuran dan berat

13. Seksyen 40: Melaksanakan transaksi yang bertentangan dengan 'hukum syarak' (undang-undang syariah)

14. Seksyen 41: Melaksanakan urus niaga melalui riba

15. Seksyen 42: Penyalahgunaan label dan konotasi halal

16. Seksyen 43: Menawarkan atau menyediakan perkhidmatan maksiat

17. Seksyen 44: Tindakan persediaan menawarkan atau menyediakan perkhidmatan maksiat

18. Seksyen 45: Perbuatan maksiat sebagai persediaan

19. Seksyen 47: Perbuatan sumbang mahram

20. Seksyen 48: Muncikari (lelaki berpakaian wanita atau sebaliknya, bertentangan dengan hukum syarak)

400336823_10162941934869638_113353392179416309_n

Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman mencabar Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 atas alasan DUN Kelantan melangkaui bidang kuasa apabila menjenayahkan 20 peruntukan dalam enakmen tersebut. — Facebook/NikElin

Mereka juga memohon mahkamah mengisytiharkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan tidak mempunyai kuasa membuat enakmen berkaitan kesalahan jenayah syariah yang terpakai kepada orang Islam sahaja.

Untuk rekod, Nik Elin Zurina dan anak perempuannya membuat petisyen tersebut pada 30 September tahun lalu dan kedua-dua mereka diberikan kebenaran untuk memulakan cabaran berdasarkan Perkara 4 (4) Perlembagaan Persekutuan bagi mengisytiharkan peruntukan-peruntukan tertentu di dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan adalah tidak sah atas alasan peruntukan-peruntukan tersebut melibatkan perkara-perkara yang bukan dalam bidang kuasa Badan Undangan Negeri Kelantan untuk membuat undang-undang.

Dalam prosiding mahkamah yang berlangsung pada 17 Ogos lalu, kedua-dua mereka diwakili peguam Datuk Malik Imtiaz Sarwar berhujah bahawa Badan Perundangan Negeri Kelantan tidak mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang bagi kesalahan tersebut kerana terdapat Undang-undang Persekutuan meliputi kesalahan yang sama.

Dalam kes berkenaan, Nik Elin Zurina memohon Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan supaya 20 seksyen kesalahan jenayah syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 terbatal dan tidak sah.

Peruntukan itu termasuk Seksyen 11 (memusnahkan tempat ibadat), Seksyen 13 (menjual atau memberi anak kepada orang bukan Islam atau orang Islam yang keji akhlaknya) dan Seksyen 14 (liwat).

Peruntukan lain termasuk Seksyen 15 (hukuman liwat), Seksyen 16 (seks dengan mayat), Seksyen 17 (seks dengan bukan manusia) dan Seksyen 31 (gangguan seksual).

Mereka juga memohon mahkamah mengisytiharkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan tidak mempunyai kuasa membuat enakmen berkaitan kesalahan jenayah syariah yang terpakai kepada orang Islam sahaja. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram