MAHKAMAH Tinggi di Tawau, Sabah pada Khamis menolak permohonan tujuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu untuk dibebaskan dengan jaminan atas pertuduhan membunuh seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun.
Hakim Datuk Duncan Sikodol membuat keputusan itu selepas meneliti afidavit dan hujah yang dikemukakan pihak pembelaan dan pendakwaan pada pagi, Khamis.
Mahkamah menetapkan 27 Jun depan bagi sebutan semula kes di Mahkamah Majistret Lahad Datu.
BACA LAGI: 13 remaja didakwa bunuh pelajar Kolej Vokasional di Lahad Datu
BACA LAGI: Kes pelajar mati dipukul Lahad Datu: KPM tidak kompromi, minta hormati privasi keluarga mangsa
Mayat mangsa ditemui mati di bilik asrama dipercayai dibelasah rakan dalam kejadian di sebuah kolej vokasional di Lahad Datu pada Mac lalu. — PDRM
Tujuh mereka adalah antara 13 defendan yang didakwa bersama dalam pembunuhan Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Narul Azwan, di Bilik Asrama 7 Resak dan 5 Belian, Kolej Vokasional Lahad Datu, antara 9 malam 21 Mac dan 7.38 pagi pada 22 Mac.
Tujuh daripada 13 pelajar itu diwakili peguam Datuk Ram Singh, Kamarudin Mohmad Chinki, Chen Wen Jye dan Amirul Amin Rashid.
Seorang lagi remaja diwakili peguam Abdul Gani Zelika, manakala lima lagi tidak diwakili.
Majoriti sebelum ini melaporkan, 13 remaja lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di Lahad Datu atas pertuduhan membunuh seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun di sebuah sekolah vokasional pada Mac lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun, namun tidak melebihi 40 tahun dan tidak lebih 12 sebatan jika sabit kesalahan. — The Star/SANDRA SOKIAL
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram