POLIS sedang giat mengesan seorang lelaki yang bertindak memegang objek menyerupai pistol ketika memandu kenderaan di Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, Terengganu pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor dilaporkan berkata, kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira pukul 4 petang dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
Beliau bagaimanapun menafikan kejadian itu ada kaitan dengan kes penculikan seperti yang ditularkan.
BACA LAGI: [VIDEO] 'Kena kepung habis dah', kecoh kes tembak penjenayah di Perlis
BACA LAGI: [VIDEO] Baru setahun berkahwin, wanita maut dipercayai dibunuh suami sendiri di Klang
"Polis setakat ini menerima dua laporan mengenai kejadian membabitkan suspek yang memandu kereta berwarna putih.
"Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi balai polis terdekat untuk membantu siasatan," katanya memetik laporan Harian Metro pada Khamis.
Sebelum ini, tular satu rakaman di media sosial berdurasi 38 saat memaparkan seorang pemandu lelaki memegang objek menyerupai pistol.
Dalam pada itu, beberapa mesej suara yang mendakwa kejadian tersebut ada kaitan dengan kes penculikan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram