[VIDEO] Nahas dirempuh treler di Kulim, warga Nepal terperosok bawah tayar antara 2 cedera parah


  • 112
  • Jumaat, 14 Jun 2024

Seorang lelaki warganegara Nepal cedera parah dalam insiden kemalangan yang berlaku di sebuah jalan raya berhampiran Kilang Aspen Glove, Kulim, Kedah pada Khamis. — Ihsan bomba

SEORANG lelaki warganegara Nepal dan penunggang motosikal tempatan cedera parah akibat dirempuh sebuah treler di sebuah jalan raya berhampiran Kilang Aspen Glove, Kulim, Kedah pada Khamis malam.

Dalam insiden yang berlaku kira-kira pukul 7.16 malam itu, sebanyak lima anggota bomba dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kulim Hi-Tech telah digerakkan ke lokasi kejadian bersama jentera FRT dan kenderaan Unit EMRS sebaik dihubungi.

Komander Operasi, Muhamad Asyraf Zarrin Baharudin melaporkan, kemalangan melibatkan sebuah lori treler, motosikal jenis Yamaha Y15ZR dan seorang pejalan kaki warganegara Nepal.

BACA LAGI: [VIDEO] Aksi mengejar bukan libat penjenayah, tapi kes lari tinggal rakan sebab tiada lesen — Polis Klang

BACA LAGI: [VIDEO] Geram kena bebel isteri tak beli nasi bungkus, bapa durjana lepas amarah tekup muka bayi sendiri

Anggota bomba bertindak menjalankan kerja-kerja menyelamat bagi mengeluarkan mangsa warga asing yang terperosok di bawah tayar lori berkenaan.



Seorang lagi mangsa yang cedera dirempuh treler. — Gambar Ihsan Bomba

Kedua-dua mangsa disahkan mengalami cedera parah termasuklah penunggang motosikal yang berusia lingkungan 30-an manakala pemandu lori treler berumur 50-an itu pula dilaporkan selamat tanpa sebarang kecederaan.

Punca kejadian masih dalam siasatan dan mangsa yang cedera diserahkan ke pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mendapatkan rawatan lanjut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram