NASIB malang menimpa seorang penunggang motosikal apabila ditemukan mati tertusuk jeriji pagar besi di Jalan Raya Bogot, Kramat Jati, Jakarta Timur, Indonesia pada Selasa.
Mangsa, Muhammad Rafli, 23, terlebih dahulu difahamkan ingin membuang air kecil di kawasan berkenaan sebelum tersungkur dan tertusuk pada pagar berkenaan.
Ketua Polis Metro Jakarta Timur, Nicolas Ary Lilipaly mengesahkan mangsa merupakan pekerja swasta di daerah terbabit.
BACA LAGI: [VIDEO] Tentera simpanan Israel terima padah ketika cuba cabut bendera Palestin [VIDEO] Cuba kibar bendera Israel atas pentas, bekas tentera terjatuh patah tulang rusuk
BACA LAGI: [VIDEO] Tentera simpanan Israel terima padah ketika cuba cabut bendera Palestin
"Ketika dalam perjalanan pulang dari kerja, mangsa secara kebetulan berhenti di bahu jalan untuk membuang air kecil.
"Mangsa kemudiannya tergelincir ketika melintasi pembetung parit dan terjatuh, sekali gus menyebabkan kepalanya tertusuk di pagar berkenaan.
"Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Soekanto, Jakarta Timur untuk siasatan lanjut," katanya.
Maut kepala tertusuk tembus jeriji pagar. Mangsa stop nak buang air tapi lain pula jadinya.. pic.twitter.com/BWGCWfqh0C
— CyberBorg (@borg_cyber) June 13, 2024
Dalam pada itu, proses pemindahan mangsa turut mengakibatkan kesesakan lalu lintas di lokasi kejadian.
Menurut seorang pemilik kedai runcit di kawasan itu, laluan bertukar sesak sepanjang laluan berkenaan akibat kes kematian itu.
"Jalan sesak sepanjang jalan, pagi-pagi orang nak ke kerja jadi lewat tetapi saya tak nampak apa sebenarnya yang berlaku ketika kejadian.
"Ramai orang berkumpul untuk melihat mangsa namun saya langsung tidak tahu puncanya sehingga kenderaan ambulans tiba," katanya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram