[VIDEO] Aksi mengejar bukan libat penjenayah, tapi kes lari tinggal rakan sebab tiada lesen — Polis Klang


  • Tular
  • Jumaat, 03 Mei 2024

Tangkap layar memaparkan aksi kereta peronda polis mengejar dua lelaki disyaki penjenayah di Bukit Kapar, Klang pada Jumaat.

TULAR satu video memaparkan aksi kereta peronda polis mengejar dua lelaki di Bukit Kapar dekat Klang, Selangor pada Jumaat.

Kejadian itu juga berjaya dirakam oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian.

Melalui video berdurasi kurang seminit tersebut memaparkan kedua-dua lelaki berkenaan cuba melarikan diri di sebuah persimpangan lampu isyarat dekat Jalan Pasar Malam.

BACA LAGI: [VIDEO] ‘Mana bodyguard?’ Fans Terengganu berang kena kecam habis-habisan lepas Akhyar Rashid disamun

Melalui maklumat awal yang dikongsikan di aplikasi WhatsApp, mereka cuba membuat pusingan U sebelum terjatuh di lokasi kejadian.

Salah seorang lelaki yang juga pembonceng tidak sempat membonceng semula motosikal yang digunakan sebelum ditinggalkan rakannya yang memecut laju meninggalkan tempat kejadian.

Panik ditinggalkan, lelaki yang memakai pakaian serba hitam itu dilihat berlari laju meninggalkan tempat kejadian.

BACA LAGI: [VIDEO] Rider melambung rempuh kereta warga emas langgar lampu merah

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao mengesahkan kedua-dua individu tersebut bukanlah penjenayah seperti yang didakwa orang awam.

Katanya, penunggang dan pembonceng motosikal yang melarikan diri daripada pemeriksaan polis tidak membawa barangan yang menyalahi undang-undang.

"Polis mengesan sebuah video memaparkan insiden kejar mengejar antara polis dan sebuah motosikal di Jalan Pasar Malam Meru, Klang, pada Jumaat.

Beliau berkata, semakan mendapati kejadian berlaku pada pukul 1 petang Khamis ketika anggota sedang melakukan rondaan cegah jenayah di kawasan Meru.

“Anggota MPV terserempak dengan sebuah motosikal Yamaha Y15 yang dinaiki dua lelaki dalam keadaan mencurigakan.

“Anggota polis telah bertindak menghampiri dua lelaki dan mengarahkan untuk memberhentikan motosikal,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Jelasnya, dua lelaki tersebut kemudian melarikan diri namun berjaya ditahan polis.

Pemeriksaan mendapati kedua-dua lelaki tersebut bukan warganegara namun mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

“Tindakan saman di bawah POL 257 telah dikeluarkan atas kesalahan tidak mempunyai lesen memandu,” ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram