Peguam sahkan ibu bapa Zayn Rayyan akan didakwa di mahkamah


Ibu bapa Zayn Rayyan disahkan akan didakwa di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, Selangor pada Khamis.

IBU bapa kepada kanak-kanak austime yang mati dibunuh, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, akan didakwa di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, Selangor pada Khamis.

Peguam Fahmi Abd Moin yang mewakili bapa kepada kanak-kanak terbabit mengesahkan perkara tersebut.

"Ya, ada tuduhan untuk kedua-dua anak guam kami.

"Namun saya tidak dapat kongsikan mereka didakwa atas pertuduhan apa, kerana tidak mahu mendahului pendakwa raya," katanya.

BACA LAGI: Zayn Rayyan: Hanya seorang suspek terlibat, letak mayat waktu hujan lebat — Polis

BACA LAGI: Kes bunuh Zayn Rayyan, polis kumpul DNA 228 penduduk Apartment Idaman

Bagaimanapun, intipati pertuduhan yang bakal dihadapi kedua anak guamnya itu masih belum diketahui setakat ini.

Permohonan reman bagi ibu bapa Zayn Rayyan tamat pada Khamis dan persoalan sama ada pasangan terbabit didakwa dijangka diketahui pukul 10 pagi.

Manakala bagi datuk dan nenek sebelah bapa mangsa pula, polis akan membuat permohonan reman untuk membantu siasatan kes tersebut. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram