Layanan seperti VIP, OSK Property mudahkan urusan pereka grafik miliki 'home office' idaman di KL


  • Massa
  • Jumaat, 14 Jun 2024

Roslizam membawa pulang pulang hadiah utama berupa kondominium LEA by the Hills di Taman Melawati, Selangor tajaan OSK Property Holdings Bhd (OSK Property) bernilai RM602,800.

"IMPIAN miliki rumah studio (home office) akhirnya tercapai." Demikian luah pemenang utama peraduan Kempen Majoriti Langgan dan Menang, Roslizam Ramlee sebaik selesai menandatangani perjanjian jual beli kondominium dimenanginya.

Membawa pulang ganjaran utama iaitu kondominium LEA by the Hills di Taman Melawati, Selangor tajaan OSK Property Holdings Bhd (OSK Property) bernilai RM602,800, sekali gus melengkapkan cita-citanya untuk memiliki studio kerja di sekitar lembah Klang.

Menurutnya, karier selaku pereka grafik sememangnya memerlukan sebuah bilik untuk dijadikan studio bagi memudahkan urusan bekerja dari rumah.

BACA LAGI: Pereka grafik, jururawat antara 7 diumum pemenang ganjaran utama Kempen Majoriti Langgan dan Menang

BACA LAGI: Percutian ke Taiwan hadiah paling bermakna buat 2 pemenang Kempen Majoriti Langgan dan Menang

"Saya memang kerap ulang-alik dari Johor Bahru dan Kuala Lumpur atas urusan kerja, kebiasaannya saya akan menewa bilik hotel untuk bermalam dan menyiapkan kerja di sekitar lembah Klang.

"Tapi kini Alhamdulillah bila rezeki saya diumumkan pemenang utama memang saya terus buat keputusan untuk jadikan rumah itu sebagai studio kerja saya di sini.

"Perancangan untuk terus menetap di sini belum ada setakat ini tapi sekurang-kurangnya memudahkan urusan pekerjaan dan jimatkan kos penginapan saya jika ada urusan bertemu klien.

"Insya-ALLAH saya mula menyimpan untuk membeli barangan perabot dan kelengkapan bilik studio dari sekarang dan konsep yang saya idamkan adalah minimalis moden," katanya kepada Majoriti.

Majoriti Langgan & Menang grand winners announcement at OSK Mori Park Sales Gallery, Seksyen 13 on April 30. - AZMAN GHANI/The Star

Roslizam Ramlee dinobatkan sebagai pemenang hadiah utama tajaan OSK Property.

Dalam pada itu, Roslizam turut memuji perkhidmatan serta layanan diberikan pihak OSK Property sepanjang proses milikan rumah tersebut.

Jelasnya, meskipun ia sekadar hadiah kemenangan secara percuma, syarikat berkenaan sentiasa memudahkan urusan dari segi bantuan dan kelengkapan ketika menandatangani perjanjian jual beri kondominium tersebut.

"OSK Property punya layanan memang A+ macam dilayan VIP, sampai saya sendiri naik segan sebab hanya pemenang bertuah sahaja bukan pembeli sebenar.

"Tetapi dia punya layanan memang seolah-olah saya ni pembeli mereka, urusan tanda tangan borang SNP juga senang tak perlu ke pejabat guaman, semuanya tertumpu di satu tempat dan dah tersedia untuk saya.

"Malah, saya siap dapat hadiah dari OSK Property, mereka bagi set pinggan mangkuk dan penapis udara, memang tak sangka mereka punya layanan macam ini sekali walaupun saya sekadar pembaca Majoriti," ujarnya.

Untuk rekod, majlis pengumuman kesemua pemenang ganjaran dan hadiah utama Kempen Majoriti Langgan dan Menang itu diadakan di OSK Mori Park Sales Gallery, Shah Alam, Selangor, pada 30 April lalu.

Majoriti Langgan & Menang grand winners announcement at OSK Mori Park Sales Gallery, Seksyen 13 on April 30. - AZMAN GHANI/The Star

Seramai tujuh pemenang utama peraduan Kempen Majoriti Langgan dan Menang diumumkan pada April lalu.

Dua pemenang yang memperoleh baucar e-hadiah Aeon Co (M) Bhd (AEON) bernilai RM25,000 setiap seorang ialah eksekutif swasta, Jeevarupini Gnanendran dan jurutera marin, Ahmad Syamil Ahmad Termizi.

Hadiah kerusi urut OGAWA VPresto bernilai RM19,999 pula masing-masing dibawa pulang oleh dua pemenang iaitu pegawai pemasaran, Lee Yin Seong dan pengarah syarikat, Karyn Ong.

Sementara itu, dua individu yang berjaya memenangi pakej pelancongan untuk dua orang ke Taiwan bernilai RM10,000 ialah eksekutif teknologi maklumat, Amri Abd Aziz dan jururawat, Nooraini Mohd Nor. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram