Percutian ke Taiwan hadiah paling bermakna buat 2 pemenang Kempen Majoriti Langgan dan Menang


  • Massa
  • Selasa, 30 Apr 2024

Amri (kanan) dan Nooraini (kiri) merupakan dua pemenang hadiah ketiga Kempen Langgan dan Menang Majoriti.

DUA pemenang bertuah Kempen Majoriti Langgan dan Menang meluahkan rasa syukur apabila diberi peluang untuk merasai percutian mewah ke Taiwan.

Salah seorang pemenang, Amri Abd Aziz, 39, mengakui beliau sememangnya terkejut dengan pengumuman pada majlis yang diadakan pada Selasa.

Ayah kepada dua cahaya mata itu juga memberitahu dia tidak sabar untuk membawa isteri dan ahli keluarga kecilnya bercuti ke Taiwan.

"Saya memang sudah lama rancang mahu bercuti ke luar nagara, jadi ini rezeki untuk kami sekeluarga.

"Sebelum ini, kami selalu juga ke luar negara, tapi sejak Covid-19, aktiviti itu sudah kurang dilakukan," katanya kepada Majoriti.

BACA LAGI: Pereka grafik, jururawat antara 7 diumum pemenang ganjaran utama Kempen Majoriti Langgan dan Menang

Majoriti's Langgan dan Menang grand winners announcement. —YAP CHEE HONG/The Star

Amri pemenang hadiah ketiga Kempen Majoriti Langgan dan Menang.

Meskipun Amri memenangi pakej pelancongan ke Taiwan bernilai RM10,000 (untuk 2 orang), eksekutif teknologi maklumat (IT) itu sanggup membeli tiket tambahan buat dua anak tersayang.

Sementara itu, bagi seorang lagi pemenang hadiah sama, Nooraini Mohd Noor, 37, pakej tersebut akan digunakan bagi meraikan ulang tahun perkahwinannya.

Katanya, ia merupakan hadiah bermakna untuk dia dan suaminya meluangkan masa bersama.

"Saya bercadang pergi ke Taiwan dengan suami untuk sambut ulang tahun perkahwinan kami pada Jun ini.

"Jadi, ini memang hadiah yang bermakna dan tepat pada masanya," katanya kepada Majoriti.

Nooraini yang bekerja sebagai jururawat tidak menafikan bahawa hadiah yang diterimanya sangat berbaloi dengan harga langganan kempen.

BACA LAGI: Pernah rasa diri tiada 'luck', pekerja IT tak sangka mudah menangi hadiah mingguan kempen Majoriti

Majoriti Langgan  Menang grand winners announcement at OSK Mori Park Sales Gallery, Seksyen 13 on April 30. - AZMAN GHANI/The Star

Nooraini bersyukur memenangi hadiah lumayan berupa pakej pelancongan ke Taiwan.

Pada majlis sama, seramai tujuh pemenang ganjaran dan hadiah utama Kempen Majoriti Langgan dan Menang telah diumumkan pada majlis yang diadakan di OSK Mori Park Sales Gallery, Shah Alam, Selangor.

Pereka grafik dari Johor Bahru, Johor, Roslizam Ramlee membawa pulang ganjaran utama iaitu kondominium LEA by the Hills di Taman Melawati, Selangor ditaja OSK Property Holdings Bhd (OSK Property) bernilai RM602,800.

Dua pemenang yang memperoleh baucar e-hadiah Aeon Co (M) Bhd (AEON) bernilai RM25,000 setiap seorang ialah eksekutif swasta, Jeevarupini Gnanendran dan jurutera marin, Ahmad Syamil Ahmad Termizi.

Hadiah kerusi urut OGAWA VPresto bernilai RM19,999 pula masing-masing dibawa pulang oleh dua pemenang iaitu pegawai pemasaran, Lee Yin Seong dan pengarah syarikat, Karyn Ong. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram