PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju dan mengambil keputusan untuk memberhentikan pertikaian peribadi mereka dan prosiding Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Menerusi kenyataan bersama yang dikongsi di laman X pada Jumaat, kedua-dua figura tersebut merakamkan penghargaan kepada Hakim Mahkamah Tinggi dan pegawai Mahkamah yang terlibat.
Menurut Presiden PKR dan Presiden Bersatu itu, keputusan tersebut dibuat setelah mempertimbangkan kesan saman fitnah kepada umum serta mengambil kira saranan Hakim Mahkamah Tinggi dan keadaan semasa negara yang perlu diutamakan terutama soal kelangsungan kehidupan rakyat.
BACA LAGI: 'Jika Anwar Ibrahim bertanding pun PAS tetap menang'
BACA LAGI: Kelas terapung bukan tak okey tapi tengok kesesuaian fasiliti elak mudaratkan murid — KGMMB
Menerusi kenyataan itu, kedua-dua pemimpin juga berharap keputusan itu dapat diterima dan dihormati oleh semua pihak.
“YAB Datuk Seri Anwar dan YB Tan Sri Muhyiddin turut bersetuju untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan susulan terkait perkara ini.
“YAB Datuk Seri Anwar dan YB Tan Sri Muhyiddin berharap agar perkara ini tidak dijadikan bahan yang boleh menggangu-gugat kesejahteraan dan kestabilan awam serta keyakinan rakyat kepada Institusi Kehakiman Negara,” kata kenyataan itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram