SURIA FM kembali turun padang menerusi program NgopiSuria, satu inisiatif yang dianjurkan bagi menghargai pendengar setia jenama stesen radio tersebut.
Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid atau lebih dikenali sebagai DJ Lin berkata, NgopiSuria dirancang dengan tujuan memberikan penghargaan kepada para pendengar Suria, di samping mempromosikan jenama itu kepada mereka yang berpotensi untuk mengiklankan produk menerusi platform tersebut.
Bermula sejak 10 Jun lalu, NgopiSuria berjaya menerjah dua lokasi di sekitar lembah Klang, dengan membawa kopi dan sarapan percuma buat pendengar.
BACA LAGI: Suria FM kongsi rezeki, tawar RM36,000 untuk pendengar setia
BACA LAGI: Pendengar Suria FM berpeluang rebut wang tunai RM500, jambangan bunga sempena Hari Ibu
NgopiSuria dirancang dengan tujuan memberikan penghargaan kepada para pendengar Suria. — Suria FM
"Selain beramah mesra, mereka juga berpeluang memenangi barangan eksklusif Suria menerusi aktiviti Kutu Karoks, Super Seller Suria, Pentas Cik Piah dan Salam Cinta bersama barisan penyampai Suria FM seperti Datuk Fizz Fairuz, Ajak, Suraya, Rara, Chiwan, Kai dan DJ Lin serta kru Suria Wheels, Afiq dan Awien," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Jadi apa tunggu lagi? Jom ngopi bersama penyampai Suria dan Suria Wheels di pejabat anda!
Daftarkan maklumat perniagaan anda di laman web Suria atau hubungi menerusi WhatsApp di 012-319 1053, dan kami akan belanja ngopi di ofis anda sambil berbincang mengenai peluang kerjasama menarik di Suria.
Jom kita Ngopi bersama Team Suria! NgopiSuria, Suria Support Lokal!
Untuk maklumat lanjut, layari laman web Suria suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia: Instagram: suriamalaysia l Facebook: @SuriaMalaysia l TikTok: @suriamalaysia l Youtube: SuriaTV l X: @suria_malaysia. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram