Lagi kes keracunan makanan, kali ini 15 pelajar SBP Jempol dirawat di wad


  • Massa
  • Khamis, 13 Jun 2024

Seramai 15 pelajar SBP Integrasi Jempol dimasukkan ke wad selepas mengalami keracunan makanan.

SERAMAI 15 pelajar dari Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Integrasi Jempol dimasukkan ke wad Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah, Negeri Sembilan selepas mengalami keracunan makanan.

Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan, Datuk Dr Roslan Hussin dilaporkan berkata, 15 pelajar dari tingkatan satu hingga lima dimasukkan ke wad sejak Rabu malam.

Menurutnya, mereka disyaki mengalami keracunan makanan sejurus menikmati hidangan makan tengah hari di dewan asrama sekolah tersebut pada tengah hari.

BACA LAGI: Kes 2 pelajar maut keracunan, KKM sahkan sarapan disediakan pengendali makanan luar

BACA LAGI: Anak kena kudis buta sampai kuku tercabut, doktor kongsi petua elak kutu berjangkit

Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah, Negeri Sembilan

“Seramai 24 pelajar dihantar ke hospital berkenaan bagi mendapatkan rawatan.

"Selepas itu, sembilan pelajar dibenarkan pulang sementara 20 pelajar hanya mengalami kes ringan dan diberi ubat sahaja," katanya memetik laporan Buletin Utama pada Khamis.

Beliau memaklumkan, masih ada 15 pelajar ketika ini yang menerima rawatan susulan di wad, namun kesemuanya berada dalam keadaan stabil.

"Pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) masih menjalankan siasatan bagi mengetahui punca sebenar kejadian tersebut," jelasnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram