Polis tahan doktor didakwa cabul kehormatan jururawat 19 tahun di Merlimau


  • 112
  • Khamis, 13 Jun 2024

Seorang doktor di sebuah klinik swasta dekat Jasin, Melaka ditahan bagi membantu siasatan kes mencabul kehormatan seorang jururawat berusia 19 tahun.

SEORANG doktor di sebuah klinik swasta dekat Merlimau, Jasin, Melaka ditahan bagi membantu siasatan kes mencabul kehormatan seorang jururawat berusia 19 tahun.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Ahmad Jamil Radzi berkata, sepasukan anggota polis dari balai polis Merlimau membuat tangkapan ke atas doktor berumur 29 tahun tersebut pada pukul 3.15 pagi, Khamis.

Menurutnya, polis bertindak atas laporan yang dibuat seorang jururawat yang bertugas di klinik 24 jam itu.

BACA LAGI: [VIDEO] Warga maya gesa Fahmi Fadzil ambil tindakan, sekat video 'Love Raya' Aliff Syukri perlekeh orang Melayu dan Islam

BACA LAGI: [VIDEO] Rakaman audio bongkar perbuatan bapa durjana cabul, dera seksual anak kandung 5 tahun

"Mangsa membuat laporan pada pukul 2.25 pagi pada hari sama (Khamis). Tiada pesakit yang datang ke klinik sewaktu kejadian.

“Suspek ialah seorang lelaki yang sudah berkahwin,” katanya.

Jelas beliau, suspek ditahan reman sehingga Sabtu ini.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan dengan niat untuk mengaibkan kehormatan mangsa," ujarnya. — The Star/RSN MURALI

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram