[VIDEO] Baru 2 tahun berkahwin, wanita maut dipercayai dibunuh suami sendiri di Klang


  • Tular
  • Sabtu, 08 Jun 2024

Tangkap layar memaparkan sepasukan anggota polis membawa masuk mayat mangsa ke dalam sebuah trak polis.

SEORANG wanita maut selepas dipercayai dibunuh oleh suaminya sendiri pada Sabtu.

Melalui perkongsian laman media sosial X (Twitter), @update11111, kejadian itu berlaku di sebuah flat yang berlokasi di Pelabuhan Klang, Selangor.

"Kejadian di Port Klang, Selangor. Suami bunuh isteri sendiri pagi tadi (Sabtu). Pasangan baru berkahwin setahun yang lalu dan mempunyai seorang anak berumur tiga bulan," ciapnya.

BACA LAGI: Kes bunuh Zayn Rayyan: Polis panggil pengasuh, 2 ahli keluarga beri keterangan

BACA LAGI: [VIDEO] 'Saya dianiaya, ini semua fitnah', bapa Zayn Rayyan tolak dakwaan bunuh anak

Pentadbir laman X berkenaan turut memuat naik satu video menunjukkan sepasukan anggota polis membawa masuk mayat mangsa ke dalam sebuah trak polis.

Difahamkan, video tersebut dirakam oleh salah seorang penduduk di kawasan flat tersebut.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, siasatan yang dijalankan mendapati mangsa ditemukan dalam keadaan baring di katilnya.

Di badan mangsa terdapat kesan di leher dan tangan kanannya selain terdapat 12 hiris luka di pelbagai tempat seperti pipi, telinga dan dagu.

"Bagaimanapun didapati mereka mempunyai masalah rumah tangga sejak dua tahun perkahwinan mereka.

"Hasil bedah siasat ke atas mangsa mendapati 12 luka hiris dan kelar antaranya di telinga, pipi, dagu, leher, jari dan kepalanya," kata Hoong Fong dalam kenyataan.

Tambah Hoong Fong lagi, suspek kemudiannya ditahan pada hari yang sama kejadian berlaku dan direman selama tujuh hari sehingga 14 Jun.

"Lelaki itu kini direman selama tujuh hari hingga 14 Jun depan bagi membantu siasatan dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Siasatan terperinci masih dijalankan dan beberapa saksi termasuk ahli keluarga akan dipanggil untuk diambil keterangan," ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram