[VIDEO] 'Kena kepung habis dah', kecoh kes tembak penjenayah di Perlis


  • Tular
  • Ahad, 09 Jun 2024

Tangkap layar rakaman tular kejadian tembak-menembak dipercayai berlaku di Perlis.

PENDUDUK Perlis digemparkan dengan kejadian tembak-menembak dalam kejadian pada pagi Ahad.

Berdasarkan rakaman tular yang dikongsikan di platform X @updateinfo, dimaklumkan berlakunya insiden tembak-menembak antara polis dan penjenayah.

"Katanya kejadian kat Perlis. Info lanjut belum diperoleh," katanya.

BACA LAGI: [VIDEO] Tak tarik 'hand brake' masa parkir, penunggang wanita antara mangsa kemalangan kereta undur tiba-tiba di Balakong

BACA LAGI: [VIDEO] Baru setahun berkahwin, wanita maut dipercayai dibunuh suami sendiri di Klang

Menerusi rakaman sama, kelihatan video menunjukkan kejadian mungkin berlaku di sebuah premis dua tingkat dipercayai di kawasan komersial.

Perakam turut mendakwa kononnya salah seorang penjenayah terlepas lari dalam kejadian terbabit.

"Depa (Orang) kata tembak, terlepas seorang (lari). Kena kepung habis dah," kata perakam lagi.

"Dah nampak polis ada operasi, kemungkinan tembak menembak berlaku," kata @scososco.