Ibu bapa Zayn Rayyan didakwa atas tuduhan abaikan anak


Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matiin didakwa di Mahkamah Petaling Jaya, Selangor pada Khamis atas tuduhan pengabaian dengan kemungkinan boleh menyebabkan kecederaan

IBU bapa kepada kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matiin didakwa di Mahkamah Petaling Jaya, Selangor pada Khamis atas tuduhan pengabaian dengan kemungkinan boleh menyebabkan kecederaan.

Menurut pertuduhan, kesalahan itu dilakukan dekat Jalan PJU, Damansara Damai, amtara pukul 12 tengah hari pada 5 Disember dan 9.55 malam pada 6 Disember tahun lalu.

Pasangan suami isteri itu didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan, serta berdepan hukuman denda maksimum RM50,000 atau dipenjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.

Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 dibacakan di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Dr Syahliza Warnoh.

Zaim Ikhwan yang memakai baju T berwarna hitam dan Ismanira berbaju merah membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Dr Syahliza Warnoh.

BACA LAGI : Kes bunuh Zayn Rayyan, polis kumpul DNA 228 penduduk Apartment Idaman

BACA LAGI : Peguam sahkan ibu bapa Zayn Rayyan akan didakwa di mahkamah

Hakim Dr Syahliza menetapkan ikat jamin RM10,000 setiap seorang dan pasangan itu perlu melapor diri di balai polis terdekat serta tidak boleh mengganggu saksi kes.

Tiada syarat dikenakan terhadap pasport milik kedua-dua pasangan memandangkan dokumen itu sudah melepasi tarikh luput.

Sesi sebutan kes ditetapkan pada 26 Julai depan.

Pada 5 Disember lalu, Zayn Rayyan, 6 tahun yang menghidap autisme, dilaporkan hilang di Damansara Damai dekat Petaling Jaya, Selangor. Mayatnya ditemui berhampiran sungai kira-kira 200 meter dari rumahnya di kompleks Pangsapuri Idaman pada hari berikutnya.

Bedah siasat mendedahkan kecederaan di leher dan badannya, membawa kepada kesimpulan bahawa dia telah dibunuh.

Pada Isnin, ibu Zayn Rayyan telah dibawa ke rumahnya di Pangsapuri Idaman di Damansara Damai untuk melakonkan semula kejadian sebelum kehilangan budak itu.

Sebelum ini, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, lakonan semula itu adalah salah satu prosedur yang perlu bagi melengkapkan siasatan sebelum kes itu dikemukakan kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut. — TheStar/ NURBAITI HAMDAN and TEH ATHIRA YUSOF

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram