TINDAKAN undang-undang yang dikenakan terhadap peniaga warga asing seolah-olah langsung tidak memberi kesan kepada golongan tersebut.
Mana tidaknya, walaupun operasi membanteras golongan itu giat dilaksanakan pihak penguat kuasa di lokasi-lokasi tertentu, situasi masih lagi sama.
Keadaan itu sebenarnya bukan hanya berlaku di ibu kota, malah aktiviti perniagaan yang diusahakan warga asing turut menjadi kebimbangan masyarakat khususnya peniaga tempatan di seluruh negara.
BACA LAGI: [VIDEO] Penjaja warga asing tak serik-serik, tetap berniaga meski dah beberapa kali disita
Tidak hanya tertumpu di bandar-bandar besar, mereka turut menjalankan bisnes antaranya kedai runcit, pakaian dan juga kedai makanan di lokasi lebih terpencil seperti di kawasan kampung.
Tidak dinafikan, sambutan yang agak baik daripada masyarakat setempat menyebabkan golongan itu masih giat menjalankan perniagaan mereka.
Warga asing turut menjalankan bisnes di lokasi lebih terpencil seperti di kawasan kampung.
Namun yang menjadi persoalan, mengapa kebanyakan penduduk masih bertindak membeli dan menyokong perniagaan warga asing berbanding peniaga tempatan?
Berkongsi kepada Majoriti, seorang pekerja swasta, Rita Mardhina Saad, 45, berkata, tawaran harga yang lebih murah menyebabkan dia gemar membeli barangan daripada peniaga warga asing.
"Selain segar, barangan keperluan terutamanya barang basah dijual dengan harga yang lebih tinggi di kedai yang diusahakan peniaga tempatan.
"Misalnya jika beli sayur seperti sawi, kubis dan timun saya boleh dapatkan dengan harga yang lebih murah.
"Malah layanan yang diberikan mereka juga ramah dan mesra, agak berbeza dengan sesetengah peniaga tempatan," katanya.
Walaupun operasi membanteras dilaksanakan pihak penguat kuasa, warga asing masih giat menjalankan aktiviti perniagaan.
Sementara itu, bagi Huzair Rahman pula, dia mengakui kepelbagaian produk yang dijual peniaga asing adakalanya boleh menarik perhatian pengguna tempatan.
Ujar jurugambar berusia 38 tahun itu lagi, ini kerana mereka membawa produk dari negara asal yang harganya jauh lebih murah berbanding produk yang ada di pasaran, sedangkan kualitinya adalah lebih kurang sama.
"Contohnya produk barangan keperluan rumah seperti sabun mandi atau ubat tradisional dari Indonesia sudah banyak dijual di Malaysi," ujarnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram