Fadhlina ucap takziah, KPM mahu bantu mangsa kemalangan bas bawa rombongan guru


  • Primer
  • Ahad, 09 Jun 2024

Rombongan guru Sekolah Kebangsaan Jeram Masjid Tanah, Melaka terlibat kemalangan dengan sebuah treler semasa dalam perjalanan ke Terengganu pada awal pagi Ahad.

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) akan menghulurkan bantuan kepada semua mangsa terlibat dalam nahas membabitkan sebuah bas membawa rombongan guru Sekolah Kebangsaan Jeram Masjid Tanah, Kampung Jeram, Melaka pada awal pagi Ahad.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek turut mendoakan semua mangsa yang mengalami kecederaan akan mendapat kesembuhan dengan segera.

"Khabar ini pastinya menjadi suatu kisah duka seluruh rakyat Malaysia.

BACA LAGI: [VIDEO] Tiga maut, bas bawa rombongan cikgu jatuh cerun berlanggar treler di Bahau

BACA LAGI: Wartawan hiburan veteran, Huzz meninggal dunia akibat kanser usus

WhatsApp Image 2024-06-09 at 12.52.25 PM

Fadhlina Sidek mengucapkan takziah atas nahas jalan raya yang berlaku.

"Di peringkat KPM, kita akan usahakan sebaik mungkin membantu menyokong mereka yang terlibat dalam nahas ini.

"Didoakan juga agar kesemua guru yang cedera akan segera sembuh dan kembali aktif seperti biasa untuk menjalankan amanah sebagai pendidik bangsa," katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Ahad.

Sebelum ini, media melaporkan kemalangan di Jalan Kuantan-Segamat berhampiran simpang tiga Bahau, Rompin, Pahang meragut tiga nyawa iaitu seorang guru, Hasnatul Adilah Hassan, 48; kelindan bas, Mohd Adi Hasan, 29, dan guru, Hamzah Ahmad, 60.

Kemalangan berhampiran simpang tiga Keratong, Muadzam Shah pada awal pagi Ahad itu dipercayai berlaku ketika bas membawa 37 penumpang, seorang pemandu dan seorang kelindan dalam perjalanan ke Terengganu terlibat kemalangan dengan sebuah treler sebelum terjunam ke bawah cerun.

Memetik laporan Sinar Harian, Fadhlina semasa program di Pulau Pinang berkata, pihaknya kini sedang menunggu laporan penuh kejadian yang mengorbankan tiga orang mangsa.

"Saya rakamkan ucapan takziah kepada keluarga guru-guru yang terlibat dan kita rasa sangat dukacita atas kejadian ini.

"Di peringkat KPM, kita sedang mengambil semua langkah untuk dapatkan laporan penuh kejadian dan dalam masa sama kita juga akan menjaga kebajikan guru-guru yang sebahagiannya berada di hospital untuk rawatan," katanya.

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, pihaknya juga akan mengarahkan pasukan kaunselor untuk turun ke sekolah terbabit bagi memberi sokongan psikososial kepada rakan-rakan guru dan juga murid-murid yang kehilangan guru mereka dalam kejadian ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram