SEORANG penunggang motosikal maut dipercayai angkara kecuaian seorang pemandu dalam kejadian di Jalan Sungai Panjang, Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor pada Jumaat.
Kemalangan itu dirakam menerusi kamera papan pemuka kenderaan (dashcam) kenderaan lain di lokasi kejadian dan dikongsikan di media sosial pada Sabtu.
Difahamkan mangsa yang dikenali sebagai Muhd Zaid Solihin, 19, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di beberapa anggota badan.
BACA LAGI: [VIDEO] Perodua Aruz makan jalan dipercayai punca guru maut kemalangan di Pasir Tumboh
BACA LAGI: [VIDEO] Jemaah temui ajal ketika solat zuhur hari raya pertama di surau Tangkak
Seorang penunggang motosikal maut dipercayai angkara kecuaian seorang pemandu dalam kejadian di Jalan Sungai Panjang, Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor pada Jumaat. pic.twitter.com/N0ipTHpMgm
— Nadine Ardine (@MoMoT_Nadine) June 8, 2024
Video berdurasi kurang seminit yang dikongsikan memaparkan mangsa merempuh bahagian belakang sebuah kenderaan jenis Perodua Axia yang ingin masuk ke sebuah simpang.
Impak daripada rempuhan tersebut turut menyebabkan mangsa terpelanting sebelum dilihat terkulai layu di tengah jalan.
Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa berhubung kejadian tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram