[VIDEO] 'Saya dianiaya, ini semua fitnah', bapa Zayn Rayyan tolak dakwaan bunuh anak


Zayn Rayyan (kanan) dilaporkan dibunuh selepas ditemui mati di sungai yang jaraknya kira-kira 200 meter dari blok kediamannya pada Disember tahun lalu.

'SAYA dianiaya, ini semua fitnah'. Demikian laungan bapa kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan di Mahkamah Majistret Petaling Jaya bagi prosiding sambungan atau penamatan reman pada Jumaat.

Situasi bertambah kecoh apabila beberapa individu dipercayai ahli keluarganya turut menjerit sebelum pasangan terbabit dibawa masuk mahkamah.

Pasangan suami isteri itu yang direman selama tujuh hari berakhir Jumaat, dilihat memakai baju lokap sebelum dibawa masuk ke Mahkamah Majistret pukul 9.30 pagi menurut laporan Berita Harian.

BACA LAGI: Zayn Rayyan: Hanya seorang suspek terlibat, letak mayat waktu hujan lebat — Polis

BACA LAGI: Kes bunuh Zayn Rayyan, polis kumpul DNA 228 penduduk Apartment Idaman

Untuk rekod, Zayn Rayyan ditemukan meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai, Petaling Jaya, Selangor, pukul 10 malam pada Disember tahun lalu.

Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang di kawasan kediamannya sebelum ditemui terbaring di sungai yang jaraknya kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.

Polis mengesahkan mangsa dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan akibat perbuatan jenayah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram