JABATAN Pendaftaran Negara (JPN) menafikan penglibatan pihaknya dalam penganjuran satu program taklimat permohonan kewarganegaraan seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.
JPN menerusi satu kenyataan pada Sabtu memaklumkan, program tersebut bukan anjuran bersama jabatan itu, malah tiada jemputan penyertaan yang diterima untuk menghadirinya.
Sebaliknya, jabatan itu turut menjelaskan bahawa sebarang permohonan berkaitan kewarganegaraan hanya boleh dibuat di kaunter pejabat JPN dengan kehadiran pemohon itu sendiri.
BACA LAGI: Curang, mentua antara punca utama pasangan muda bercerai
BACA LAGI: Cap jari suspek simbah asid Faisal Halim tidak ada dalam rekod JPN
Poster 'Program Taklimat dan Penerangan Kewarganegaraan' yang tular di media sosial baru-baru ini.
"JPN ingin menegaskan penganugerahan taraf kewarganegaraan merupakan anugerah tertinggi kerajaan Malaysia kepada mereka yang benar-benar layak dan memenuhi syarat.
"Proses yang dilaksanakan kerajaan tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan dan selari dengan undang-undang yang berkuat kuasa bagi memastikan kedaulatan dan keselamatan negara terjamin,” katanya.
Pada Sabtu, tular satu hantaran di media sosial melibatkan poster penganjuran 'Program Taklimat dan Penerangan Kewarganegaraan' yang dijadualkan berlangsung di Plaza Sentosa, Johor Bharu, Johor pada 30 Jun depan.
Selain itu, ada juga dakwaan mengatakan program yang sama diadakan di Pulau Pinang. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram