Lelaki hilang mencari rebung di Sri Aman pada April ditemukan tinggal rangka


  • 112
  • Sabtu, 08 Jun 2024

Operasi mencari dilakukan pada pukul 10.35 pagi dari lokasi terakhir motosikal mangsa dijumpai sehinggalah ke kawasan kebun mangsa.

MISTERI kehilangan seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika mencari rebung di kawasan rumahnya di Rumah Suyong, Stumbin, Sri Aman, Sarawak pada 21 April lalu terbongkar selepas jasadnya ditemukan tinggal rangka, pada Sabtu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman, PPgB Andrew Vengitasamy berkata, rangka dipercayai milik Sebli Paying, 52, itu dijumpai pasukan mencari dan menyelamat (SAR) selepas motosikal yang digunakan mangsa dijumpai pada Jumaat.

Menurutnya, operasi mencari dilakukan pada pukul 10.35 pagi dari lokasi terakhir motosikal mangsa dijumpai sehinggalah ke kawasan kebun mangsa, menggunakan kaedah anjing pengesan Daisy (Unit K9) dan ‘sweeping’.

BACA LAGI: [VIDEO] Terdengar bunyi bergaduh malam kejadian, polis temukan mayat membusuk dalam menara air di Indonesia

BACA LAGI: Wanita terkejut anjing peliharaan tiba-tiba menyalak, rupanya jumpa mayat dalam longkang di Alor Setar

WhatsApp Image 2024-06-08 at 17.44.11

Pasukan SAR menemukan rangka tersebut di laluan ke kebun mangsa dalam radius 200 meter dari lokasi motosikal dijumpai.

"Mayat mangsa ditemui pada pukul 11.35 pagi. Pasukan SAR menemukan rangka tersebut di laluan ke kebun mangsa dalam radius 200 meter dari lokasi motosikal dijumpai.

"Rangka mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Sebelum ini, operasi SAR diaktifkan pada 22 April dan dihentikan pada 28 April ekoran tiada sebarang petunjuk ditemui bagi mengesan mangsa.

Bagaimanapun, BBP Sri Aman menerima maklumat daripada pihak polis Sri Aman bahawa terdapat penemuan baharu iaitu motosikal mangsa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram