POLIS mengesahkan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor dilakukan anggota kumpulan Jemaah Islamiyah (JI) pada Jumaat.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, suspek yang dipercayai berusia 34 tahun itu berjaya ditembak mati di lokasi kejadian.
"Susulan itu, polis menyerbu kediaman keluarga suspek di Ulu Tiram, pagi tadi (Jumaat).
BACA LAGI: Dua anggota maut ditembak dan ditetak, suspek bertopeng serang Balai Polis Ulu Tiram
Dua anggota polis yang terkorban dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada Jumaat.
"Rumah suspek turut mempunyai beberapa info berkenaan kumpulan JI," katanya pada Jumaat.
Terdahulu, Majoriti melaporkan dua anggota polis maut manakala seorang anggota mengalami kecederaan selepas Balai Polis Ulu Tiram, Johor diceroboh seorang lelaki pada awal pagi Jumaat.
Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar dilaporkan berkata, dalam kejadian itu suspek turut ditembak mati di lokasi kejadian.
Menurutnya, anggota polis dan suspek yang maut dihantar ke bahagian forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) sementara anggota yang mengalami kecederaan dirawat di hospital berkenaan. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram
Menyusul...