[VIDEO] 'Kau nak belajar, abang bantu dik', Pemuda Umno cipta program khas buat lepasan SPM


  • Massa
  • Khamis, 06 Jun 2024

Dr Akmal Saleh melancarkan program atas talian untuk membantu pelajar lepasan SPM menyambung pengajian.

PERGERAKAN Pemuda Umno tampil dengan cara tersendiri dalam membantu lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melanjutkan pengajian di peringkat tertinggi.

Tidak hanya menumpukan kepada pelajar cemerlang, setiap calon yang selesai menduduki peperiksaan bagi sesi 2023 dan 2022 dipelawa untuk mengisi butir diri secara atas talian di laman web disediakan.

Perkara itu dikongsikan menerusi hantaran Facebook Pemuda Umno, Nazirul Jamaluddin pada Rabu.

BACA LAGI: Pemimpin muda PAS enggan doakan Agong, Pemuda Umno buat repot polis

BACA LAGI: Leftenan Komander Wan Rezaudeen ingin bersara awal jaga anak — Bob Ringgo

"Kepada adik-adik lepasan SPM tahun sudah ataupun dua tahun sudah, kamu nak sambung belajar dalam kursus kemahiran khususnya? tapi tak tahu macam mana nak mohon.

"Jangan risau, abang-abang pemuda Umno seluruh Malaysia akan bantu kamu sehingga Insya-ALLAH diterima masuk belajar," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh menerusi video di TikTok turut berkongsi maklumat berhubung perkara itu.

Program tersebut yang dinamakan 'Kau nak belajar, abang bantu dik' itu sedia untuk diisi oleh pelajar yang berhasrat menyambung pengajian khususnya dalam kursus kemahiran.

"Kamu nak belajar tapi tak tahu dekat mana nak pergi, apa pun keputusan sama ada cemerlang ataupun gagal ataupun tak ambil SPM sekali pun boleh sambung belajar.

"Isi semua butir dekat laman web ini, pemuda Umno di kawasan berhampiran akan bantu dan tunjuk ajar sampai kamu semua dapat sambung belajar," ujarnya.

Untuk rekod, seramai 11,713 calon SPM 2023 atau 3.1 peratus memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran.

Angka itu sekali gus menunjukkan peningkatan lebih baik berbanding tahun sebelum ini iaitu 10,109 calon atau 2.7 peratus. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram