Serangan Ulu Tiram cetus memori 3 sejarah hitam keselamatan libatkan anggota beruniform


  • Massa
  • Sabtu, 18 Mei 2024

Negara digemparkan dengan serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram pada Jumaat hingga mengakibatkan kematian dua anggota manakala seorang anggota mengalami kecederaan.

NEGARA digemparkan dengan serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada Jumaat hingga mengakibatkan kematian dua anggota manakala seorang anggota mengalami kecederaan.

Lebih menyedihkan, kedua-duanya baru sahaja dua tahun bertugas sebagai polis.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, dalam kejadian itu suspek yang merupakan anggota Jemaah Islamiyah (JI) turut ditembak mati di lokasi kejadian.

BACA LAGI : Anggota JI dalang serangan Balai Polis Ulu Tiram — Ketua Polis Negara

BACA LAGI : Suspek serang Balai Polis Ulu Tiram bawa 'shield', mahu rampas senjata api — KPN

Menurutnya, tujuh individu termasuk dua pelajar dan seorang lelaki berusia 62 tahun dipercayai juga anggota JI ditahan selepas disyaki terlibat dalam kes serangan Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada awal pagi Jumaat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, kejadian bermula apabila dua pelajar berkenaan masing-masing seorang lelaki berusia 22 tahun dan wanita (21) hadir ke balai kira-kira pukul 2.30 pagi untuk membuat laporan polis.

Namun kejadian serangan seperti ini bukanlah kali pertama dilaporkan berlaku di Malaysia.

Sehubungan itu, Majoriti menyenaraikan tiga tragedi hitam yang melibatkan anggota beruniform.

1. Tragedi serangan Balai Polis Batu Pahat, Johor oleh kumpulan ajaran sesat (1980)

12120110_957688820944309_3574413474426593779_o

Pada 16 Oktober 1980, balai polis di Batu Pahat, Johor, menjadi sasaran serangan oleh kumpulan ajaran sesat sehingga mencederakan 23 orang.

BACA LAGI : Balai polis diserang: Tiada CCTV, dua pelajar IPT, bapa suspek JI antara 7 ditahan

Pada 16 Oktober 1980, balai polis di Batu Pahat, Johor, menjadi sasaran serangan oleh kumpulan ajaran sesat sehingga mencederakan 23 orang dengan pedang dan pisau. 11 daripada mereka parah termasuk seorang wanita yang sedang mengandung.

Kumpulan penyerang itu berumur antara 21 hingga 60 tahun menulis dahi mereka dengan perkataan ALLAH, Mahadi dan Isa serta memakai pakaian serba putih termasuk tudung kepala yang menutup sebahagian dari muka mereka.

Memetik laporan media tempatan, kumpulan itu telah datang dengan dua buah kereta yang mereka rampas sebelumnya, pada kira-kira pukul 9.10 pagi ke balai berkenaan sebelum mereka dengan tiba-tiba mengamuk dan menetak siapa sahaja yang berada dalam ruang depan pejabat polis itu.

Lebih mengerikan, serangan itu telah mengakibatkan ada anggota polis dan kakitangan balai yang putus jari dan tangan termasuk Sarjan Azmi Yaacob yang kehilangan satu jari tangannya akibat ditetak.

Serangan itu kemudiannya telah memaksa anggota polis melepas tembakan sehingga menyaksikan enam orang penyerang terbunuh dan selebihnya melarikan diri.

Pasukan polis yang memburu mereka yang lari terus bertempur dengan mereka itu di Kampung Parit Barat.

Kumpulan yang lari telah melakukan serangan di ibu pejabat polis Daerah Batu Pahat menyeru Allahuakhbar beberapa kali dan kemudian singgah pula di mahkamah daerah sambil melaungkan Allahuakhbar.

2. Serangan Al-Ma'unah di Bukit Jenalik, Sauk, Perak (2000)

Pada awal pagi 2 Julai 2000, negara dikejutkan dengan insiden dramatik apabila kumpulan militan Al-Ma'unah yang diketuai oleh Mohamed Amin Mohamed Razali menyamar sebagai anggota tentera dan merampas sejumlah besar senjata dari dua kem tentera di Gerik dan Kuala Rui, Perak.

Kumpulan ini kemudian bersembunyi di Bukit Jenalik, Sauk, di mana mereka mendirikan kubu pertahanan.

Pasukan keselamatan segera melancarkan Operasi 304, mengepung lokasi dan memulakan rundingan dengan kumpulan tersebut.

Pada 6 Julai 2000, kumpulan Al-Ma'unah akhirnya menyerah diri kepada pihak berkuasa. Mohamed Amin dan beberapa anggota utama kumpulan ditangkap dan kemudian dibicarakan.

Tragedi hitam itu juga turut mengorbankan dua anggota keselamatan yang terbabit dalam operasi itu iaitu Detektif Koperal R Sanghadevan dari Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia serta seorang anggota komando Grup Gerak Khas (GGK) Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Truper Mathew Medan.

BACA LAGI : [VIDEO] 'Di mana-mana ada kisah kau Mi. Ya ALLAH kami tak kuat,' kakak polis terkorban Balai Polis Ulu Tiram tahan sebak

3. Empat anggota TUDM maut dalam insiden tembakan kem Kota Samarahan (2023)

tudm-samarahan-tembak

Mayat salah seorang anggota TUDM yang maut dalam kejadian kes tembakan di Pangkalan TUDM Kota Samarahan, dibawa ke rumah mayat HUS untuk siasatan lanjut.

Empat anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dipercayai maut dalam kejadian tembakan di Kem SKN 330 TUDM CRC dekat Kota Samarahan, Sarawak pada 13 Ogos 2023.

Kejadian dipercayai berlaku sekitar pukul 7.15 pagi Jumaat di Balai Pengawal Handau Skuandron 330 TUDM, Kota Samarahan dan melibatkan empat anggota TUDM yang bertugas di balai pengawal itu.

Suspek yang juga anggota tentera udara dilaporkan memasuki premis berkenaan dan merampas senjata api dari tempat simpanan senjata api di balai pengawal.

‘Nak hidup atau mati’, demikian ungkapan terakhir suspek sebelum dia menembak kesemua mangsa.

Pada mulanya suspek menembak rakannya di perut dan selepas itu suspek masuk ke bahagian bilik rehat dan menembak seorang lagi di sisi dada sebelah kanan hingga mati di tempat kejadian.

Dia kemudiannya menembak seorang lagi rakannya di belakang di lokasi sama.

Suspek kemudian menembak dirinya sendiri di bahagian bawah dagu menembusi otak dan mati di tempat kejadian.

Dua mangsa termasuk suspek meninggal dunia di tempat kejadian dan seorang mangsa yang cedera parah disahkan meninggal dunia di Hospital Jantung Kota Samarahan pada hari sama. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram