SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menyekat lebih 4,700 item kandungan dalam talian sepanjang tahun 2023.
Berdasarkan laporan syarikat induk platform media sosial utama seperti Facebook dan Instagram, Meta, kandungan yang disekat merangkumi pelbagai kategori termasuk perjudian haram, penipuan, barangan terkawal, ucapan kebencian berkaitan agama dan kritikan terhadap kerajaan.
Kandungan perjudian haram yang melanggar Akta Rumah Perjudian Biasa dan Akta Pertaruhan serta kandungan penipuan dan barangan terkawal merupakan sebahagian besar daripada item yang disekat.
BACA LAGI: MCMC rakam keterangan 4 individu sebar kandungan palsu penganjuran majlis tilawah al-Quran
BACA LAGI: MCMC, PDRM desak TikTok, Meta pantau kandungan memudaratkan
Berdasarkan laporan Meta, MCMC menyekat lebih 4,700 item kandungan dalam talian sepanjang tahun 2023.
Selain itu, ucapan kebencian berkaitan agama yang melanggar Seksyen 298A Kanun Keseksaan, kandungan yang mengkritik kerajaan serta kandungan yang memecahbelahkan kaum dan agama dan buli juga termasuk dalam senarai item yang disekat di bawah Seksyen 233(1)(a) dan 211 Akta Komunikasi dan Multimedia (CMA).
Selain daripada laporan MCMC, lebih 470 item disekat berdasarkan aduan daripada agensi-agensi kerajaan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial. Kandungan ini didakwa melanggar undang-undang tempatan berkaitan barangan terkawal, penipuan dan penipuan komersial.
Tindakan ini mencerminkan usaha berterusan pihak berkuasa Malaysia dalam mengawal selia kandungan dalam talian untuk memastikan ia mematuhi undang-undang tempatan.
Bagaimanapun, langkah-langkah itu juga menimbulkan perbincangan mengenai keseimbangan antara keselamatan siber dan kebebasan bersuara di negara ini.
Dari tempoh Julai sehingga Disember 2023, Meta menyekat sebanyak 2,240 hantaran di laman Facebook.
Ini diikuti dengan komen (1,900), laman dan kumpulan (582) serta akaun profil (434).
Sementara itu, di Instagram, Meta menyekat sebanyak 246 akaun dan 121 media. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram