[VIDEO] Dua lelaki ditahan lepas gaduh 'gentlemen' gara-gara minuman keras


  • 112
  • Jumaat, 07 Jun 2024

Tangkap layar pergaduhan membabitkan dua individu lelaki di sebuah kedai runcit baru-baru ini.

SEORANG lelaki dipercayai mabuk pengsan dalam insiden pergaduhan yang berlaku di sebuah kedai runcit di Seberang Jaya, Pulau Pinang pada Isnin lalu.

Punca kejadian dikatakan tercetus akibat perbalahan antara dua individu yang kemudiannya mengakibatkan pergaduhan selepas lelaki bersinglet putih itu ditumbuk dan ditendang berkali-kali.

Selepas dicabar beberapa kali, individu berkenaan terlebih dahulu menyerang lelaki berbaju putih dan berseluar biru itu sebelum dia ditumbuk sehingga terkulai di lantai.

BACA LAGI: [VIDEO] Perselisihan faham punca 7 dicekup bergaduh dekat premis hiburan di Skudai

BACA LAGI: Upgrade segera sistem 'sampah' IDME atau lantik golongan siswazah masukkan data pelajar

Namun, pelaku yang kemudiannya dilihat ingin keluar dari premis itu diserang dari arah belakang dengan topi keledar.

Bertindak balas terhadap situasi tersebut, dia kemudiannya terus menyerang tanpa dihentikan sesiapa.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris dilaporkan berkata, pihaknya sudah mengesan video tular terbabit dan menahan dua lelaki tempatan yang terlibat pada Khamis.

Helmi berkata, hasil siasatan mendapati kejadian terbabit berlaku pada Isnin lalu, kira-kira pukul 11.50 malam.

"Semasa kejadian, pengadu yang bekerja sebagai jurujual di premis tersebut telah didatangi dua lelaki warga tempatan apabila salah seorang pelanggan telah meminta kepada jurujual untuk mengambil minuman keras.

"Semasa itu telah berlaku perselisihan faham dan tumbuk-menumbuk di antara kedua-dua individu sehinggakan salah seorang daripada mereka telah memukul belakang dengan menggunakan helmet di luar premis berkenaan," katanya pada Jumaat.

Katanya, salah seorang Individu yang terlibat mengalami sedikit kecederaan pada muka, manakala seorang lagi tiada mengalami kecederaan.

Beliau menambah, pihaknya juga menahan kedua-dua individu berusia 30-an dan 40-an bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 342 dan 323 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram