'Patut bersara usia 50 tahun, bagi peluang golongan muda terajui sektor awam'


  • Massa
  • Khamis, 06 Jun 2024

Pakar mencadangkan agar had usia persaraan pekerja dilanjutkan ke 65 tahun. — Gambar hiasan

HAD usia persaraan di Malaysia perlu dinaikkan daripada 60 ke 65 tahun dalam tempoh terdekat, menurut pakar.

Perkara itu berbangkit susulan had usia persaraan di Malaysia ketika ini difahamkan antara yang terendah bukan saja di peringkat global malah negara serantau yang lain.

Ketua Pegawai Eksekutif D3P yang juga firma perundingan pencen global, William Price berkata, persaraan wajib di Malaysia yang ditetapkan pada usia 60 tahun secara relatifnya lebih rendah berbanding negara lain.

BACA LAGI: Leftenan Komander Wan Rezaudeen ingin bersara awal jaga anak — Bob Ringgo

BACA LAGI: [VIDEO] Masih belum fikir untuk bersara, legenda Kelantan mahu kekal di Pantai Timur

"Had persaraan di Malaysia tidak mempunyai sebarang perubahan walaupun negara lain telah meningkatkan umur persaraan mereka. Sebagai contoh di Itali, mereka tidak menaikkan had persaraan dalam tempoh yang lama.

"Kemudian selepas krisis kewangan, Itali terpaksa meningkatkannya dengan sangat pantas. Jadi mereka berubah daripada negara yang mempunyai had persaraan yang agak rendah di Eropah kepada salah satu yang tertinggi.

"Jika dilaksanakan secara drastik seperti yang berlaku di Itali, ia akan memberikan banyak kesukaran. Malah Indonesia dan Singapura juga mempunyai had usia persaraan yang lebih tinggi daripada Malaysia," katanya menurut laporan Berita Harian.

penjawat-awam

Had usia persaraan di Malaysia dikatakan antara terendah di peringkat global. — Facebook

Namun, cadangan itu menerima tentangan hebat daripada pekerja sektor kerajaan yang nyata tidak bersetuju dengan lanjutan had usia persaraan tersebut.

Menganggap usia 65 tahun sudah tidak relevan dan produktif untuk berkhidmat di alam pekerjaan, peluang itu sebaiknya dibuka kepada golongan lepasan graduan yang ketika ini berdepan isu pengangguran yang sangat tinggi.

"Bagi la peluang para graduan yang menganggur untuk bekerja di penjawat awam, kesian mereka bertahun-tahun menimba ilmu dapatkan segulung ijazah tapi kerja susah nak dapat. Kebanyakan mereka bukan orang senang, mohon kaji balik masalah ini," ujar Sairah Ismail.

"Sepatutnya ikut la umur yang produktiviti, naya adik-adik yang graduan nak tunggu geng penceng usia 65 tahun," jelas Shaiful Ismail.

"Ramai anak-anak muda yang menganggur, bagilah kepada tenaga muda yang lebih produktif untuk bangunkan negara," tambah Zarina Hamzah.

Sementara itu, warganet turut mencadangkan agar had lanjutan itu dipendekkan ke usia 50 tahun atas faktor kesihatan individu yang membataskan potensi di tempat kerja.

"Patutnya pakar saran usia 50 tahun bersara, dah tak larat bekerja dah sebenarnya, kesihatan lebih utama, bagi la peluang orang muda terajui sektor awam lebih membantu baik pulih negara," kata JuhairIwas.

Dalam pada masa sama, Price turut menggesa kerajaan untuk mengkaji semula had usia persaraan secara holistik membabitkan semua pihak berkepentingan.

Beliau berkata, perlu lakukan pelbagai inisiatif seperti menyemak semula pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan memberikan insentif tertentu yang dapat mendorong pencarum. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram