'Gerai itu satu-satunya tempat saya cari rezeki', Siti Aishah harap ada pihak sudi infak makanan kepada pelajar


  • Tular
  • Selasa, 04 Jun 2024

Siti Aishah Othman terpaksa menelan kerugian selepas menerima notis pengubahsuaian kedai di saat akhir. — Facebook

SEORANG pemilik kafe di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) meluahkan kekecewaannya selepas menerima notis pengubahsuaian premis di saat akhir.

Jelasnya, arahan renovasi kedai itu tidak dimaklumkan pihak pengurusan universiti terbabit dan difahamkan ia mengambil masa hingga dua bulan untuk selesai.

Meskipun tiada arahan penutupan kedai dikeluarkan, namun melihatkan keadaan kafe berhabuk dan sempit, Siti Aishah Othman terpaksa mengambil keputusan untuk menghentikan operasi jualan sepanjang proses renovasi tersebut.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Ini satu penganiayaan', peniaga dakwa kena halau tanpa sebab pihak IPT di Johor

BACA LAGI: Peniaga baju raya terkilan, tak sempat tunai hasrat pelanggan buat 'surprise' untuk bapa sempena Aidilfitri

Kecewa kerana hilang punca pendapatan, gerainya, 'Nasi Lemak Berlauk Kak Chah N24 UTM' difahamkan antara kegemaran pelajar di universiti tersebut.

"Ini memberikan kesan besar kepada peniaga termasuklah saya yang hanya ada gerai itu satu-satunya tempat mencari rezeki.

"Bahkan tanpa notis awal dan penutupan mengejut begini menjejaskan saya daripada segi modal yang telah mengeluarkan belanja besar untuk beli stok barang niaga.

"Situasi sekarang bukan setakat buatkan saya pening memikirkan barang yang ada dan pekerja, tapi buatkan hati saya jatuh berderai terus," katanya di laman Facebook pada Selasa.

photo_2024-06-04_21-34-18

Tangkap layar perbualan Siti Aishah dan beberapa lagi peniaga lain selepas dimaklumkan tentang notis pengubahsuaian.

Jelasnya, dia kini terpaksa meneruskan pencarian pendapatan dengan berniaga secara mengambil tempahan daripada pelajar dan membuka peluang infak makanan daipada peniaga-peniaga lain di kafe berkenaan.

"Kepada sesiapa yang nak infak makanan kepada para pelajar, boleh mesej saya ya. Nasi putih, ayam atau daging goreng kunyit, sup, sambal pada RM5 sahaja dan akan bermula Ahad depan," ujarnya.

Untuk rekod, Siti sebelum ini pernah menawarkan makanan secara percuma kepada pelajar.

1793572

Kafe 'Nasi Lemak Berlauk Kak Chah' pernah tular di laman media sebelum ini.

Jelasnya, pengalaman menjalani hidup susah dan dibebani masalah kewangan sehingga tidak dapat meneruskan pelajaran mendorong wanita kelahiran Kedah itu melakukan perbuatan murni tersebut.

Hal itu pernah tular di media sosial dan menyebabkan ramai pelajar beratur seawal pukul 7 pagi untuk mengambil nasi lemak yang lengkap dengan ikan bilis, timun, kacang, dan telur secara percuma

Namun, belum ada sebarang kenyataan daripada pihak universiti berhubung notis renovasi itu setakat dan rata-rata warganet termasuk pelajar di situ menggesa agar pihak pengurusan tampil jalan penyelesaian. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram