SEORANG isteri tergamak melakukan tindakan meracuni suaminya hanya kerana ingin mengaut harta yang dimilikinya.
Di Brazil, wanita bernama Julia Andrade Cathermol Pimenta menjadi buruan pihak polis selepas dia disyaki menjadi suspek utama kepada kematian ahli perniagaan terkenal di negara tersebut iaitu Luiz Marcelo Antonio Ormond.
Ormond yang merupakan suami kepada Julia ditemui mati di kediamannya dekat Rio de Janeiro, Brazil pada 3 Jun lalu.
BACA LAGI: [VIDEO] Nahas pertunjukan aerobatik di Portugal, juruterbang maut pesawat bertembung di udara
Brigadeirão envenenado e ajuda de cigana: entenda morte do empresário Luiz Marcelo Antônio Ormondhttps://t.co/Nb4P9dxQJu pic.twitter.com/hQ6QkG7JOG
— Daltro Emerenciano Instagram @blogdedaltroemerenci (@BlogdeDaltro) May 31, 2024
Tembelang mengenai pembunuhan itu pecah selepas jiran-jiran di rumah Ormond mengadu terdapat bau tidak menyenangkan datang daripada rumah usahawan tersebut.
Hasil daripada siasatan pihak bomba mendapati, bau itu hadir akibat daripada mayat Ormond yang dibiarkan dekat ruang tamu selama beberapa hari.
Siasatan turut dilakukan oleh pihak polis dengan mereka mendapati terdapat kesan pukulan di kepala.
Namun apa yang paling mengejutkan ialah terdapat kesan Ormond dibunuh menggunakan racun dalam coklat bonbon atau dikenali brigadeirao di Brazil.
Usaha Julia untuk melindungi perbuatan terkutuknya itu bagaimana pun tidak berhasil kerana pihak berkuasa berjaya menemui bukti penglibatannya dalam pembunuhan itu.
Hal ini kerana, rakaman di dalam lif rumah Ormond dapat merakam penglibatan Julia dalam kes tersebut walaupun dia cuba menghapuskan bukti menggunakan peluntur di tempat kejadian.
Julia turut dilihat tinggal bersama-sama mayat Ormond selama beberapa hari di rumah tersebut serta menggunakan kereta usahawan tersebut sebelum menjualnya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram