DBKL keluar notis roboh lepas imigresen serbu penempatan haram warga asing di Sentul


  • Primer
  • Selasa, 04 Jun 2024

Jabatan Imigresen Malaysia menggempur sebuah penempatan haram didiami warga asing di Sentul, Kuala Lumpur pada 28 Mac lalu. — Facebook/JIM

STRUKTUR binaan perkampungan haram yang dihuni warga asing di Sentul, Kuala Lumpur menerima notis penguatkuasaan tujuh hari sebelum diroboh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bermula 30 Julai depan.

DBKL dalam kenyataannya memaklumkan, sebanyak 28 struktur kediaman, satu struktur surau dan tiga kedai runcit milik bukan warga negara serta dua struktur kedai barang lusuh dan tiga kediaman milik warga tempatan didapati berada di atas tanah tersebut.

"DBKL telah menjalankan tindakan susulan ekoran daripada serbuan yang telah dijalankan ke atas perkampungan haram warga asing di Sentul," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

BACA LAGI: [VIDEO] Warga asing ada 'kaunter belakang', hanya jual kalau kenal

BACA LAGI: [VIDEO] Imigresen tahan 238 warga asing di Kota Bharu, rakyat dakwa ramai PATI bersembunyi di Tanah Merah

Dalam pada itu, sebanyak 37 notis penguatkuasaan telah dikeluarkan di bawah Seksyen 46(1)(a) Akta 133 Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.

"Tindakan penguatkuasaan roboh akan dilaksanakan selepas tamat tempoh notis," jelas kenyataan terbabit.

Terdahulu, Majoriti melaporkan sebuah penempatan haram warga asing digempur Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam satu operasi dijalankan di kawasan sekitar Sentul pada 28 Mei lalu.

Hasil risikan dan aduan diterima mendapati, penempatan haram berkenaan wujud sejak empat tahun lepas dengan dilengkapi bekalan elektrik. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram