Pelakon dan penyair terkenal, Pyanhabib Rahman meninggal dunia


  • Massa
  • Selasa, 04 Jun 2024

Pyanhabib Rahman disahkan meninggal di kediamannya dekat Hulu Kelang, Selangor pada Selasa malam.

PELAKON dan penyair versatil tanah air, Mohd Supyan Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Pyanhabib Rahman, dilaporkan telah meninggal dunia di kediamannya di Hulu Kelang, Selangor pada Selasa malam.

Berita pemergian seniman itu turut dikongsikan di laman sosial EXCO Selangor, Mohd Najwan Halimi.

"Dukacita dimaklumkan seniman Pyanhabib Rahman baru saja menghembuskan nafas terakhirnya di kediaman beliau di Hulu Kelang, sebentar tadi.

BACA LAGI: Hail Amir meninggal dunia di HKL

BACA LAGI: Suhaimi Saad meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail Johor

"Sesungguhnya kita datang dari ALLAH dan kepada ALLAH jua kita akan kembali," ciapnya.

Perkara itu turut disahkan oleh Timbalan Pengerusi Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Mohd Khair Ngadiron.

“Allahyarham disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan pada pukul 9.30 malam tadi.

"Ketika ini jenazah sedang diuruskan di rumahnya dan saya kini dalam perjalanan ke balai polis untuk melaporkan kematian,” katanya lagi menurut laporan Awani.Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram